Sabtu, 24 Jun 2017

Vitamin C Shaklee

Assalamualaikum, alhamdulillah harini Kak dirr nak kongsikan kepada semua kebaikan vitamin C, dipetik daripada wikipedia Vitamin C atau asid askorbik (asid L-askorbik atau L-askorbat) merupakan sejenis zat nutrien terpenting yang diperlukan oleh manusia dan beberapa spesies haiwan tertentu, dan juga merupakan salah satu dari jenis-jenis vitamin utama. Dalam keperluan organisme hidup, askorbat adalah sejenis bahan bersifat anti-pengoksidaan, kerana dilihat mampu menjaga badan manusia melawan tekanan oksidatif.Ia juga merupakan kofaktor dalam sekurang-kurangnya lapan tindak balas enzim, termasuk tindak balas sintesis beberapa jenis kolagen yang boleh menjadi penyebab simptom kegagalan penerimaan Vitamin C seperti penyakit kancing gigi.Bagi haiwan, tindak balas ini adalah penting untuk menyembuhkan luka serta mengelakkan berlaku pendarahan pada kapilari dan pembuluh darah.

Tumbuhan biasanya merupakan sumber terbaik vitamin C, namun jumlah Vitamin C di dalam makanan berasaskan tumbuhan adalah bergantung kepada spesies tumbuhan tersebut, keadaan tanah, suhu dan iklim pertumbuhan tanaman, tempoh masa tuaian, keadaan penyimpanan dan langkah penyediaan. Kebanyakan spesies haiwan dan tumbuhan mampu menghasilkan vitamin C sendiri, maka sesetengah (bukan semua) keluaran haiwan boleh dijadikan sumber pemakanan vitamin C. Walau bagaimanapun manusia, primat, tikus belanda dan kelawar tidak dapat menghasilkan Vitamin C secara semulajadi kerana mutasi yang berlaku pada gen GULO (gulonolactone oxidase) dalam sistem badan mereka mengakibatkan ketidakmampuan tubuh mereka menghasilkan protein. GULO normal adalah enzim yang menjadi pemangkin kepada tindak balas D-glucuronolactone dengan oksigen terhadap L-xylo-hex-3-gulonolactone. Tindak balas spontan ini sekaligus menghasilkan Asid Askorbik semulajadi (Vitamin C). Walaubagaimanapun tanpa enzim GULO, tiada vitamin C dapat dihasilkan.

Badan kita amat memerlukan Vitamin C. Kenapa?
Untuk merangsang pembentukan sel kulit yang sihat
Untuk merangsang pembentukan collagen
Untuk tulang, gigi, gusi yang sihat
Untuk menyokong kesihatan otot, cartilage (tisu), dan saluran darah
Juga membantu melindungi kerosakan sel akibat pencemaran sekitar, stress, rokok dan diet pemakanan yang tidak seimbang

Vitamin C Shaklee


Badan kita tidak dapat menghasilkan atau menyimpan Vitamin C terlalu lama kerana ianya akan berkurangan semasa kita melakukan aktiviti seharian. Oleh itu, ia perlukan penambahan yang berterusan. Pengambilan buah-buahan citrus setiap hari hanya membekalkan kuantiti Vitamin C yang sedikit. Sebagai contoh saiz orange yang medium hanya membekalkan 66 mg Vitamin C sahaja!

Apakah perbezaan Sustained Release Vitamin C Plus dan supplement Vitamin C lain?

Shaklee menghasilkan Vitamin C dari kanji jagung (corn starch) yang merupakan sumber asli Vitamin C.
Kaedah Sustained Release ini membolehkan vitamin C diserap ke dalam badan sepanjang 5 jam untuk memastikan badan anda mengandungi Vitamin C disaat anda memerlukannya. Ia bersamaan dengan pengambilan 1.5 biji oren setiap jam selama 5 jam!!
SR Vitamin C ditambahkan dengan 120 mg Citrus Bioflavanoids Complex. Bioflavanoids membantu penyerapan vitamin C.


Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Dapatkan suplemen Shaklee daripada saya melalui maklumat berikut.

Kak Dirr
013-9512673
Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Nilai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan link anda untuk saya lawati, terima kasih sekali lagi sudi tinggalkan komen. :)