Assalamualaikum dan salam hari raya
Aidilfitri untuk semua, Kak Dirr harini nak kongsikan resepi kuah kacang yang
Kak Dirr buat malam tadi, Cuma Kak Dirr tidak sempat nak tangkap gambar sebab
fokus benar memasak dan tinggalkan Inara dengan ayahnya, tidak boleh tinggal
lama-lama dengan ayahnya itu. Ini merupakan resepi yang mak Kak Dirr
turunkan kepada anak-anak beliau, resepi yang ringkas dimana semua orang dapat
membuatnya, yang baru belajar pun boleh, hehe campak-campakkan aje.
Bahan-bahan:
600 gm kacang tanah
5 ulas bawang besar
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai diketuk
1/2 cawan cili kisar
1 cawan gula melaka
1 sudu besar gula pasir
1 cawan minyak masak
1 cawan air
1 biji kelapa dan
perahkan santannya.
Garam
Cara-cara:
Garam
Cara-cara:
1.
Kacang tanah hendaklah disangai terlebih dahulu
sehingga masak, masih panas kacang tersebut senang untuk dibuang kulitnya, saya
ramas kacang supaya kulit tertanggal dan selepas itu hendaklah ditanpi supaya
hanya tinggal kacang sahaja. Separuh saya kisar halus dan separuh lagi saya
tumbuk kasar.
2.
Kesemua bawang iaitu bawang besar, bawang merah,
bawang putih dan cili dikisar bersama-sama, saya suka letakkan sedikit minyak
ketika kisar supaya cepat hancur dan senang garis apabila menumis nanti.
3.
Pertama sekali tumiskan terlebih dahulu serai
yang diketuk tadi dengan minyak dan barulah masukkan bahan yang telah dikisar
tadi supaya naik bau wangi serai tersebut.
4.
Selepas pecah minyak baru maskkan gula pasir dan
sedikit garam.
5.
Selepas gula telah terkaramel barulah masukan sedikit
air terlebih dahulu dan barulah santan. Saya letak santan supaya lebih rasa
berlemak.
6.
Sentiasa kacau adunan tersebut dan masukkan gula
melaka serta kacang tanah yang telah dikisar hancur dan kasar itu tadi. Gula
melaka akan memberikan rasa yang lebih enak didalam masakan kita.
7.
Biarkan mendidih sehingga terbit minyak, lagi
lama dididihkan lagi enak masakan kita ini. Boleh dihidangkan bersama-sama nasi
impit dan sate.
Ini merupakan
menu wajib kami sekeluarga setiap tahun, Jika mak Kak Dirr tidak larat
membuatnya, Kak Dirr akan mambantu mak untuk memasak menu hari raya ini. Alhamdulillah
Kak Dirr ucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin
kepada semua yang mengenali Kak Dirr secara jauh mahupun yang dekat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sila tinggalkan link anda untuk saya lawati, terima kasih sekali lagi sudi tinggalkan komen. :)