Jumaat, 30 Jun 2017

Kalsium - Ostematrik

Assalamualaikum dan selamat pagi semua, harini Kak Dirr nak kongsikan ilmu berkaitan dengan vitamin ostematrix Shaklee. Adakah anda kerap mengalami sakit pinggang, lenguh badan, kebas kaki dan kaki goyang? Ini merupakan tanda awal bahawa anda kekurangan kalsium dalam badan anda. Kalsium sangat penting bagi ibu menyusu macam Kak Dirr dan juga ibu mengandung, ahli sukan dan warga emas. Dulu Kak Dirr selalu sangat alami sakit panggang ini bermula apabil Kak Dirr hamilkan anak pertama dulu sehinggakan proses menyusu anak. Jika sekarang pun jika Kak dirr terlupa untuk mengambil Ostematrix ini mesti Kak Dirr akan rasai kesakitan tulang belakang tersebut kerana Kak Dirr merepakan ibu menyusu yang tegar untuk susukan anak sehingga dia berusia 2 tahun. Meh nak kongsikan kebaikan dan cara pengambilan vitamin ini.

ostematrix shaklee


KHASIAT DAN KEBAIKAN OSTEMATRIX SHAKLEE


Menguatkan Tulang
      Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi dan sistem saraf.
      Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema,
      konvulsi/kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.

Memperbaiki Kekejangan Dan Kebas-kebas
      Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas,
      kekejangan, sakit sendi dan artritis.

Meringankan Stress
      Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf,
      penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar,
      mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan
      pitam.

Memperbaiki Masalah Haid
      Kajian menunjukkan dengan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan
      sakit waktu haid dan membantu melawaskan pembuangan air kencing.

Pengalkalian Tubuh
      Kalsium adalah mineral alkalin, ianya berkesan dalam memastikan imbangan pH tubuh.
      Ia juga menghalang obesiti diwaktu usia tua. Tambahan pula kalsium membantu sel
      menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.

MEMPERBAIKI HIPERAKTIVITI PERUT DAN SAKIT GASTRIK
     
Vitamin D
      Dinamakan sebagai Vitamin D pada 1916 bila didapati ia mampu merawat penyakit
      rickets. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meningkatkan
      ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal.
      Vagetarian, yang kurang terdedah pada matahari sewaktu musim panas, individu
      melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu mengambil supplemen
      vitamin D.

Magnesium
      Ia adalah ion positif no.2 penting di dalam tubuh kita. Ianya menggalakkan komposisi
      tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk
      menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak
      sekata pesakit jantung, memudahkan renbesan keluar sisa dari perut dan usus,
      menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau
      batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah
      fluktuasi glukos.

Zinc, Boron, Manganes, kuprum
      Memelihara metabolisme kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang
      diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan menghalang artritis.

Bagaimana Memilih Kalsium Premium?

Pilihlah produk yang ada vitamin D dan magnesium.

Elakkan produk yang dibuat dari tulang dan dolomite untuk mengelak keracunan
      plumbum.

Elakkan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap
      logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral.

Cadangan Pengambilan :

*     Untuk pemeliharaan kesihatan - 2 tablet, 2 kali sehari lepas makan

*     Untuk masalah haid, kehamilan, stress, kekejangan dan kebas-kebas - 3 tablet,
       2 kali sehari.

*     Untuk tulang retak, osteoporosis - 4 tablet, 3 kali sehari.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Dapatkan suplemen Shaklee daripada saya melalui maklumat berikut.

Kak Dirr
013-9512673
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Nilai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan link anda untuk saya lawati, terima kasih sekali lagi sudi tinggalkan komen. :)