Selasa, 20 Jun 2017

TEKNIK MENANAM POKOK

Assalamualaikum semua, hari minggu yang lepas Kak Dirr hanya duduk di rumah sahaja disebabkan anak Kak dirr, Irdina tidak sihat, demam cacar air la pula, sangat kesian. Semoga dia cepat sembuh. Kak Dirr ada hobi lain sebenarnya, sebab tengok bila balik kampung mak Kak Dirr banyak menanam pokok keliling rumah. Seronok tengok pokok hidup subur dan juga jimat tak perlu beli. Disebabkan juga harga pokok herba serta sayuran di pasar sangat mahal sekarang dan akan datang jadi Kak Dirr juga ambil keputusan untuk tanam sendiri pokok-pokok ini. Sekarang koleksi Kak Dirr ada pokok limau kasturi, limau purut, pokok kunyit, pokok halia, serai dan juga pokok buah mulberry.

Harini Kak Dirr nak kongsikan cara penanaman pokok serai bagi rujukan semua. Serai biasa digunakan dalam masakan di Malaysia terutama bagi orang Melayu. Selain digunakan sebagai bahan penyedap rasa dalam masakan, serai juga sebenarnya kaya dengan pelbagai manfaat terutama dalam bidang kecantikan dan kesihatan seperti:

1) sebagai antioksidan dan mencegah penyakit kanser.
2) dapat memutihkan gigi
3) menyembuhkan perut kembung
4) Menghasilkan minyak serai
Jom kita belajar macam mana nak menanam serai dalam pasu bunga. Boleh jimat duit belanja dapur!
Langkah 1
Dapatkan anak benih– boleh beli je dari kedai runcit. Kalau boleh cari yang berakar.
Langkah 2
Rendam anak benih dalam bekas. Kerana anak benih yang dibeli dari kedai biasanya dah tiada akar, so kita rendam untuk menggalakkan pertumbuhan akar. Rendam pada bekas lutsinar dan air sikit saja. Insyaallah akar akan tumbuh 4-5 hari kemudian.
Langkah 3
Penyediaan tanah. Tanah yang baik adalah campuran tanah lektrik / tanam merah dengan tanah bakaran sampah. Tapi saya pakai tanah yang dibeli dinursery je.
Langkah 4
Menanam. Ini adalah satu proses yang amat penting.Pastikan kita menanam serai dengan kedalamannya cukup sekadar tenggelam akar sahaja dan bukannya sampai habis perut serai.Serai akan mati jika kita menanam dengan terlalu dalam menyebabkan anak serai susah nak tumbuh keluar dari benih serai.
Langkah 5
Menyiram. Kita perlu menjirus sekurang-kurangnnya 2 kali sehari iaitu semasa awal pagi dan petang untuk memastikan serai kita tumbuh dengan sihat dan cepat.Selepas 7 hari barulah kita boleh mengurangkan siraman air kepada 1 kali sehari.
Langkah 6
Pembajaan. Saya guna baja tahi ayam. dua minggu sekali.
Langkah 7
Menuai. Jangan mengerat daun serai semasa proses pembesaran.

Ini adalah koleksi pokok-pokok yang Kak Dirr tanam tersebut, baru mini je tanaman Kak Dirr ini, moga terus hidup subur ye anak-anak.
halia, ginger

kunyit

limau kasturi

limau purut

mulberry

serai


Kak Dirr
013-9512673
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Nilai.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan link anda untuk saya lawati, terima kasih sekali lagi sudi tinggalkan komen. :)