Sabtu, 10 Jun 2017

PENGALAMAN BERSALIN DI KLINIK KESIHATAN

Assalamualaikum, hati ini terpanggil untuk bercerita berkaitan kehamilan kedua Kak Dirr serta pengalaman bersalin di Klinik Kesihatan.Ceritanya begini, waktu mengadungkan Inara ini cukup senang taw. Tiada banyak kerenah, tiada moning sickness, tidak mengidam, cuma kepenat dihujung kehamilan itu biasa biasa sahaja. Dan sewaktu kehamilan dia pon Kak Dirr tidak mempunyai masalah HB low ataupun mempunyai kencing manis.Mungkin pengalaman kehamilan pertama dulu banyak memberi ilmu pengetahuan dari segi pemakanan dan amalan semasa mengandung membuatkan kita sebagai ibu lebih berjaga-jaga.

Bagi kehamilan kedua ini,betullah kan sebab Kak Dirr dah rasa macam-macam pengalaman semasa kehamilan pertama membuatkan kita lebih berjaga-jaga. Lebih menjaga kesihatan dan kecerdasan, awal kehamilan seperti biasa tiada morning sickness, tetapi kehamilan kedua ni alhamdulillah syukur dapat mengandungkan ketika suami ada disisi.hehe tahun 2015 suami Kak Dirr dah dapat bertukar ke semenanjung. Tetapi disebabkan Kak Dirr dah biasa survive mengandung bersendirian tidak menjadi masaalah bagi Kak Dirr, malah lebih seronok ketika ini. Ada juga la 2 3 kali suami dapat temankan Kak Dirr untuk cek up di klinik, excited sebab nak rasa perasaan itu katanya teman wife cek up.hehe. 

Diakhir kehamilan masuk 36 minggu Kak Dirr semakin aktifkan diri banyak berjalan kesana kemari, jalan tawaf shoping mall, turun naik tangga. Sebab orang kata bagi senang bersalin kan. Bermula daripada 36 minggu tersebut hari-hari Kak Dirr turun naik tangga 2 tingkat di pejabat setiap hari bagi mudahkan bersalin, disebabkan ada pengalaman kena induce kali ini Kak Dirr berhasrat nak merasakan kelahiran secara semula jadi tanpa induce, hari-hari berdoa, buat latihan turun naik tangga, dan ada kakak di pejabat  cerita dan nasihatkan Kak Dirr kalau nak Allah tunaikan hajat kita buat solat Dhuha 8 salam. Kak Dirr buat solat tersebut hari-hari minta pada Allah senangkan bersalin. 

Sehari sebelum Kak Dirr bersalin itu, ingat lagi Kak Dirr sempat mengubah suai perabot di dapur saya, tolak tarik, ubah kedudukan almari rak-rak di dapur entah kenapa, niat nak bagi senaman mudah bersalin katanya, Kak Dirr buat seorang diri tanpa mahu dibantu oleh suami. Pagi keesokkannya ( Januari 2017 ) Kak Dirr bersiap hendak pergi kerja seperti biasa, siapkan Irdina dan hantar dia ke taska seperti biasa, sampai di pejabat Kak Dirr lakukan rutin harian seperti biasa, namum masuk jam 9 Pagi, Kak Dirr sakit perut mild-mild .kejap-kejap ada kejap tak. Kak Dirr cuba catat, masa 10 min sekali, masa 2 Kak Dirr try goolge sakit nak bersalin, namun tiada tanda yang sama seperti Kak Dirr.

 Tanya juga group keluarga bertanyakan kepada kakak namun tidak sama juga.Kak Dirr cuma biarkan aje sakit 2 berlalu,jam sudah tujuk jam 12 tengahari, terdetik nak tanya pada kawan pejabat , mereka cadangkan untuk pergi ke klinik panel sahaja.Tapi sebabkan masa tersebut sudah nak rehat Dr sudah tiada di klinik dan Kak Dirr fikir nak ambil nombor giliran lagi, tak sempat. Okeylah kita pergi petang karang lah kata kawan Kak Dirr. Jam sudah pukul 1tengahari, waktu rehat tapi Kak Dirr decided balik rumah lah makan kt rumah boleh Kak Dirr baring-baring rehatkan diri, drive balik rumah sekejap, dan makan,pada amsa tersebut Kak Dirr xlarat nak fikir nam makan menu sedap-sedap, Kak Dirr cuma gorengkan telur mata dan makan bersama kicap serta nasi putih.

 Masa jam 1.30 tengahari Kak Dirr dah merasakan sakit perut yang amat, huuu buat keputusan untuk balik ke pejabat semula kerana dirumah Kak Dirr seorang diri. Kak Dirr drive dengan keadaan sakit perut namun cuba bertahan. Sampi dipejabat ada kawan pejabat tengok Kak Dirr dalam keresahan dan berkata " ko ni dah nk bersalin ni, jom akk hantar ko g hospital ", haa hospital? saya belum nak bersalin lagi la akk, " iye kalaw akak la ni memang tanda nak bersalin dah ni, suami saya bekerja di Kuala Lumpur, ambil masa dalam 1 jam perjalanan ke Nilai, memang tak sempat la nk hantar Kak Dirr ke Hospital Seremban kan.Masa tersebut jam 2.30 kecoh di pejabat Kak Dirr nak bersalin, mereka telefon ambulans USIM untuk menghantar ke hospital. 

Dalam perjalanan, nurse tersebut decide untuk berhenti di Klinik Kesihatan Nilai.Jam menunjukkan 3 petang, semasa didepan Klinik Kesihatan dan masih didalam Ambulans, Kak Dirr sudah merasakan sakit bersalin.Selepas cek terus ditolak ke dalam klinik kerana sudah full enggage dan bersedia untuk bersalin.alhamdulillah jam 3.30 petang lahirlah Nur Inara.Suami Kak Dirr pada masa tersebut sudah sampai di klinik sebelum Inara lahir tetapi tidak dibenarkan masuk kerana faktor kawasan tersebut, tetapi syukur alhamdulillah Inara lahir dengan selamat tanpa mempunyai apa-apa masaalah, dan masih bersyukur juga, walaupun suami tidak dibenarkan masuk dia setia menemani Kak Dirr diluar pintu bilik bersalin tersebut. 

Tetapi Kak Dirr ingatkan apabila bersalin di Klinik Kesihatan akan dihantar ke hospital pula selepas itu, namun meleset sekali, selepas selesai semuanya dan doktor memantau keadaan Kak Dirr dan anak mereka memberi tahu bahawa Kak Dirr boleh balik ke rumah. Yeah, gembiranya hati tau kelahiran kali ini tidak perlu menginap di hospital, terus pulang ke rumah bagi proses berpantang. 

Dan untuk pengetahuan semua juga, kelahiran di Klinik Kesihatan perlu membuat polis report bagi tujuan mendaftarkan nama anak di pejabat pendaftran. Agak leceh sedikit prosedur dia, tetapi  agak senang la kalau kita fikirkan semula, yang penting ibu dan anak selamat dan dapat bonding bersama. heheSemoga cerita ini akan terus terpahat dihati sanubari Kak Dirr, suami dan anak-anak kami semua. Alhamdulillah syukur padamu Ya Allah, kerana aku dapat merasakan nikmat dan sakit detik kelahiran yang berbeza-beza yang banyak memberi aku pengalaman yang sangat berharga sebagai seorang ibu.

KAK DIRR
013-95121673
shaklee independent distributor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan link anda untuk saya lawati, terima kasih sekali lagi sudi tinggalkan komen. :)