Jumaat, 9 Jun 2017

PENGALAMAN BERSALIN SECARA INDUCE GDM DIET CONTROL

Assalamualaikum dan selamat pagi.Semoga awak-awak semua sihat sejahtera pada hari ini.Kak Dirr mempunyai dua orang anak Nur Irdina dan Nur Inara namun kenangan bersalinkan mereka masih segar dan terpahat di hati sanubariku ini taw.Jiwa ini meronta-ronta terpanggil untuk bercerita dan berkongsi pengalaman dengan ibu-ibu diluar sana tentang pengalaman bersalin secara induce disebabkan mempunyai kencing manis secara diet control semasa mengandungkan Irdina dahulu. Tahap kencing manis tersebut bergantung kepada seseorang, jika tinggi doktor hanya berikan tempoh sehingga 38 minggu sahaja untuk bersalin, jika tahap bacaan kencing manis tersebut rendah tempoh sehingga 40 minggu kehamilan sahaja. Jadi nak dijadikan cerita tempoh kehamilan tersebut berlalu dengan berdebar-debar hinggakan menunggu nasib sahaja.

 Kehamilan semasa mengandungkan Irdina dulu saya kerap mengalami HB low, dan disahkan kencing manis tetapi ditahap diet control sahaja. Mungkin ni sebab saya rasa lebih gemar untuk makan makanan yang manis-manis sehingga masa cek up minum air gula boleh kantoi, sangkut pulak aii.huuu. Boleh dikatakan pada masa kehamilan tersebut Kak Dirr sangat menggemari pencuci mulut dan kek yang manis tersebut, hinggakan sanggup membuat sendiri kek serta kuih yang dirasakan enak untuk dimakan.

Kisahnya Kak Dirr  mengandungkan Irdina, kami suami isteri hidup PJJ ( Perkahwinan Jarak Jauh ) saya di Nilai dan suamiku pula di Kuching, Sarawak. Kak Dirr  just survive sendiri semasa kehamilan, ulang alik cek up pon sendiri ( pernah juga terdetik cemburukan ibu-ibu diluar sana semasa lihat mereka cek up dengan suami masing-masing ) hari berlalu dan terus berlalu, cek up seperti biasa di Klinik Kesihatan, namun sudah masuk 38 minggu masih belum mempunyai apa-apa tanda. Jadi Kak Dirr membuat keputusan untuk mengambil cuti bersalin awal 2 minggu dan pulang ke kampung, kerana pada masa tersebut risaw juga sekiranya Kak Dirr akan bersalin seorang diri tiada siapa akan menghantar ke hospital kerana suami Kak Dirr nun jauh di seberang laut dan beranggapan dikampung mak ayah dan keluarga mertua ada sekiranya berlaku kes kecemasan hendak bersalin. 

Pada 39 minggu masih belum ada apa-apa tanda jadi Dr memberitahu sekiranya sudah cukup due date 40 minggu namun masih belum bersalin Kak Dirr akan di refer ke hospital untuk dipaksa bersalin kerana mempunyai kencing manis.Namun yang bestnya sebelum due date tersebut suami saya pulang serta dapat menemani Kak Dirr dan menghantar Kak Dirr ke hopital,tanggal 24 Ogos 2014 bersalinlah Nur Irdina secara induce di Hospital temerloh ini.

hospital temerloh

 hehe ini pengalaman yang tidak boleh lupa juga. macam-macam kejadian Kak Dirr di Hospital itu , malu lah nk cerita.hehe.Pengalaman bersalinkan Irdina ni pon Kak Dirr still tidak boleh lupa, belum cerita semasa berpantang lagi 2.huuuu macam-macam dugaannya. Masa inilah Kak Dirr berkira-kira berkenalan dengan Shaklee sedikit sebanyak.

KAK DIRR
013-95121673

shaklee independent distributor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan link anda untuk saya lawati, terima kasih sekali lagi sudi tinggalkan komen. :)