Kalaw di Padang Besar tersebut memang banyak penjual menjual
pes tomyam ni, tidak perlu susah-susah nak mencari bagai, masuk je kedai yang
menjual makanan pasti akan ada yang menjualnya. Pes tomyam ni memang sangat
sedap taw dan senang sangat memasak tomyam dengan pes ini. Pernah tak rasa
tomyam yang pior setaraf rasa Siam?haa macam itu lah rasanya, tak perlu tunggu
nak ke siam baru dapat rasa, anda boleh je masak sendiri tomyam seperti itu.
Kalaw Kak Dirr nak masak tomyam guna pes ini senang saja
rebus je ayam itu bersama halia dan serai, lepas itu masukkan 2 sudu pes tomyam
ni dan sayur-sayur, garam tidak perlu sebab semua dah cukup rasa. Kalaw tak nak
letak serai dan halia pon tak ape sebab dah rasa semua bahan tomyam itu. Kak
Dirr letak sebab nak lagi pekat dan rasa. Haa lagi satu Kak Dirr suka tambah
susu pekat manis taw dalam masakan tomyam, jangan banyak sangat cukup separuh
sudu besar. Rasa dia meleleh air liur bak hang.huu.
Nanti boleh la kirim dekat kawan pejabat yang balik Kedah
cuti raya ini. Kak Dirr nak beli 2 botol terus, stok untuk setahun terus.
Kak Dirr
013-9512673
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Nilai.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sila tinggalkan link anda untuk saya lawati, terima kasih sekali lagi sudi tinggalkan komen. :)