Khamis, 15 Jun 2017

CARA PENGENDALIAN SUSU IBU


Assalamualaikum dan selamat pagi, hari ini Kak Dirr bangun sahur tadi terkejut, dengan jam loceng tak setting alarmnyer, hehe, nasib baik Kak Dirr sudah tersedar dengan sendiri. Alhamdulillah dengan izinNya juga Kak Dirr bangun. Tetapi nak dijadikan cerita pintu peti ais Kak Dirr terbuka tidak tertutup rapat, debar la hatiku ini taw, manakan tidak susu ebm semalam Kak Dirr pam dipejabat serta bekalan untuk si Inara bawa ke taska pada hari ini tersipan di rak bawah peti tersebut. Apalagi terus la Kak Dirr terkam ke peti ais tersebut, cek suhu allaahai tak de rezeki la kut ni, susu ebm dah drop menyerupai suhu bilik dah. Sedih berlagu juga la, terpaksa ku buang semua stok fresh susu ebm Inara adalah dalam 25ozz. Jadi Kak dirr nak kongsikan tips menyimpan susu ebm supaya dapat dijadikan rujukan untuk ibu-ibu diluar sana macam mana nak kendalikan penyimpanan susu ebm ni.
Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut:

1. Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam

2. Di dalam suhu bilik
   (25°C hingga 37°C) tahan sehingga 4 jam
   (15 hingga 25 °C), tahan sehingga 8 jam (selalunya dalam bilik yg ada penghawa dingin)

3. Di dalam peti 2 pintu ( rak atas )
    (2°C hingga 4 °C), tahan sehingga 3- 5 hari
    selepas 5 hari jika tidak digunakan, digalakkan untuk memasukkan susu tersebut di bahagian dingin beku  
    (freeze)

4. Peti sejuk bahagian beku (1 pintu)
    2 minggu

5. Di dalam peti sejuk bahagian beku (2 pintu)
    (-18 hingga -20 °C), tahan sehingga 3 bulan

Nota : Susu beku dari bahagian dingin beku yg telah dicairkan di bahagian rak atas peti sejuk boleh tahan sehingga 24 jam dan tidak boleh dibekukan semula.

Disebabkan Kak Dirr  tidak pasti selama manakah susu ebm Kak Dirr bertukar suhu tersebut, jadinya Kak Dirr membuat keputusan untuk membuang susu ebm itu kerana kuatir rosak dan tiada khasiat lagi untuk Inara minum. Tidak mengapalah Inara ibu akan usahakan lagi untuk mengepam susu untuk kamu. Hari ini mungkin tiada rezeki kita. Esok insyaALLAH, gambar kenangan susu ebm Kak Dirr.



Kak Dirr
013-9512673
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Nilai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan link anda untuk saya lawati, terima kasih sekali lagi sudi tinggalkan komen. :)