Assalamualaikum
semua alhamdulillah tidak lama lagi kita umat islam akan menyambut hari lebaran,
sepanjang bulan Ramadhan ini memang Kak Dirr suka memasak resepi-resepi
kegemaran Kak Dirr, terutama ayam percik versi kelantan ini, kerana Kak Dirr
juga berasal daripada Kelantan, mak dan ayah Kak Dirr berasal daripada Kelantan
ye, tetapi kami sekeluarga menetap di Pahang kerana ayah Kak Dirr berhijrah ke
tanah rancangan Felda ketika abang Kak Dirr masih kecil lagi. Masakan Kelantan
sudah sebati dalam diri Kak Dirr sekeluarga dan memang Kak Dirr gemari, malahan
ayam percik Kelantan ini selalu mak masak ketika bulan Ramadhan, dan bila telah
berkahwin ini selalu teringat kenangan silam berpuasa dirumah bersama-sama mak
dan ayah. Mula la terbayang-bayarang menu masakan mak tu, tetapi yang sayangnya
Kak Dirr tidak ambil pula resepi mak, tetapi resepi yang Kak Dirr nak kongsikan
ni lebih kurang sama sahaja sebab ianya senang dan mudah dimasak.
Resepi ayam percik ini adalah diambil daripada blog aziejaya.blogspot.com iaitu daripada Puan Azie, jika senang bolehlah
melawat blog dia ye, memag best sangat jika blogwalking ke blog Puan Azie
tersebut, macam-macam menu masakan yang boleh dicuba, semua nampak menyelerakan
taw. Kalaw boleh semua nak cuba, namun harini Kak Dirr kongsikan resepi seperti
dibawah :
Bahan bahan:
1 ekor ayam - potong 4
Bahan Perap:
Bahan bahan:
1 ekor ayam - potong 4
Bahan Perap:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Garam secukupnya
Bahan Kuah:
2 pek santan pekat
10 ulas bawang merah
1 inci halia
1 batang serai
3 tangkai cili kering - boleh tambah jika suka pedas
Garam secukupnya
Gula - kena ada rasa manis
1/4 keping asam keping - letak sekejap dan dikeluarkan takut terlebih masam
Cara cara:
Kisar bahan perap sehingga halus dan perap pada ayam dalam 30 minit. Bakar ayam sehingga masak. Saya kukus ayam terlebih dahulu supaya cepat dan sekata masaknya. Sementara ayam dibakar, boleh sediakan bahan kuah.
Kisar semua bahan kuah dengan santan dan masakkan di atas dapur dengan api perlahan sambil terus dikacau. Masak sehingga kuah pekat. Masukkan asam keping, garam dan gula secukupnya. Bolehlah diangkat.
Apabila ayam mulai sedikit keperangan, lumur bahan kuah di serata permukaan ayam dan bakar seketika. Terbalikkan ayam dan lumur kuah lagi secara berulang ulang di kedua dua belah ayam.
Bolehlah diangkat untuk dihidangkan.
Nota:
Boleh juga terus dibakar ayam perap dalam pemanggang ajaib tanpa perlu dikukus.
Jika suka, boleh juga ayam direbus dengan separuh dari bahan kuah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sila tinggalkan link anda untuk saya lawati, terima kasih sekali lagi sudi tinggalkan komen. :)