Jumaat, 30 Jun 2017

Kalsium - Ostematrik

Assalamualaikum dan selamat pagi semua, harini Kak Dirr nak kongsikan ilmu berkaitan dengan vitamin ostematrix Shaklee. Adakah anda kerap mengalami sakit pinggang, lenguh badan, kebas kaki dan kaki goyang? Ini merupakan tanda awal bahawa anda kekurangan kalsium dalam badan anda. Kalsium sangat penting bagi ibu menyusu macam Kak Dirr dan juga ibu mengandung, ahli sukan dan warga emas. Dulu Kak Dirr selalu sangat alami sakit panggang ini bermula apabil Kak Dirr hamilkan anak pertama dulu sehinggakan proses menyusu anak. Jika sekarang pun jika Kak dirr terlupa untuk mengambil Ostematrix ini mesti Kak Dirr akan rasai kesakitan tulang belakang tersebut kerana Kak Dirr merepakan ibu menyusu yang tegar untuk susukan anak sehingga dia berusia 2 tahun. Meh nak kongsikan kebaikan dan cara pengambilan vitamin ini.

ostematrix shaklee


KHASIAT DAN KEBAIKAN OSTEMATRIX SHAKLEE


Menguatkan Tulang
      Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi dan sistem saraf.
      Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema,
      konvulsi/kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.

Memperbaiki Kekejangan Dan Kebas-kebas
      Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas,
      kekejangan, sakit sendi dan artritis.

Meringankan Stress
      Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf,
      penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar,
      mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan
      pitam.

Memperbaiki Masalah Haid
      Kajian menunjukkan dengan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan
      sakit waktu haid dan membantu melawaskan pembuangan air kencing.

Pengalkalian Tubuh
      Kalsium adalah mineral alkalin, ianya berkesan dalam memastikan imbangan pH tubuh.
      Ia juga menghalang obesiti diwaktu usia tua. Tambahan pula kalsium membantu sel
      menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.

MEMPERBAIKI HIPERAKTIVITI PERUT DAN SAKIT GASTRIK
     
Vitamin D
      Dinamakan sebagai Vitamin D pada 1916 bila didapati ia mampu merawat penyakit
      rickets. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meningkatkan
      ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal.
      Vagetarian, yang kurang terdedah pada matahari sewaktu musim panas, individu
      melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu mengambil supplemen
      vitamin D.

Magnesium
      Ia adalah ion positif no.2 penting di dalam tubuh kita. Ianya menggalakkan komposisi
      tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk
      menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak
      sekata pesakit jantung, memudahkan renbesan keluar sisa dari perut dan usus,
      menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau
      batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah
      fluktuasi glukos.

Zinc, Boron, Manganes, kuprum
      Memelihara metabolisme kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang
      diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan menghalang artritis.

Bagaimana Memilih Kalsium Premium?

Pilihlah produk yang ada vitamin D dan magnesium.

Elakkan produk yang dibuat dari tulang dan dolomite untuk mengelak keracunan
      plumbum.

Elakkan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap
      logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral.

Cadangan Pengambilan :

*     Untuk pemeliharaan kesihatan - 2 tablet, 2 kali sehari lepas makan

*     Untuk masalah haid, kehamilan, stress, kekejangan dan kebas-kebas - 3 tablet,
       2 kali sehari.

*     Untuk tulang retak, osteoporosis - 4 tablet, 3 kali sehari.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Dapatkan suplemen Shaklee daripada saya melalui maklumat berikut.

Kak Dirr
013-9512673
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Nilai.

Khamis, 29 Jun 2017

Set Resdung Shaklee

Assalamualaikum semua, pernah tak sesiapa mengalami bersin yang teruk ketika bagun tidur ataupun ketika waktu pagi?itu adalah tanda-tanda anda mempunyai resdung. Mari kita dalami maksund resdung itu.Istilah Perubatan Tradisional - Ia merupakan kerengsangan hidung yang boleh menyebabkan hidung dan organ-organ lain menjadi gatal dan menimbulkan ketidakselesaan.Istilah Saintifik pula - Merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka. Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan. 

Resdung merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya radangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman.Sinusitis merupakan keradangan pada selaput sinus. Apabila berlakunya Sinusitis, mukus seperti hingus tidak dapat mengalir keluar dengan baik dari sinus. Oleh yang demikain ia akan dipenuhi oleh rembesan. Biasanya, "penyapu-penyapu" kecil dalam sinus yang dipanggil silia akan menolak mukus keluar dari sinus ke dalam hidung. Apabila kerosakan berlaku pada fungsi silia atau bila bukaan yang terletak di antara sinus dengan laluan hidung tersumbat anda akan mendapat Sinusitis. 

Selalunya, Sinusitis disebabkan oleh jangkitan bakteria yang akan berakhir dalam beberapa hari. Kadang-kadang ia bermula dengan jangkitan virus yang mencetuskan selesema dan menyebabkan berlakunya kesesakan dalam sinus yang akhirnya membawa kepada jangkitan sinus oleh kuman bakteria. Sinusitis jenis ini dipanggil Sinusitis akut. 


GEJALA RESDUNG(SINUSITIS)

• Hidung selalu tersumbat
• Lender dari hidung dan tekak
• Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
• Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
• Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
• Gejala alahan hidung seperti bersin,gatal hidung dan sebagainya.

Set Resdung Shaklee


Kak Dirr juga menjual set resdung Shaklee yang terdiri daripada :

1. ALFAFA COMPLEX
- Kaya dengan profil untuk membantu mengurangkan keradangan akibat resdung, alergi, eczema
- Melawan alahan seperti hidung/kulit sensitif & gatal2 akibat resdung
- Tapi pesakit SLE tak digalak untuk mengambil suplemen Alfalfa

2. VITA C PLUS
- Agen antihistamin yang boleh mengurangkan resdung / alahan
- Tinggi antioksidan untuk meningkatkan antibodi & daya tahan badan melawan penyakit
- Mempercepatkan proses penyembuhan tisu tubuh
- Membantu meredakan bersin & selsema yang sering mengganggu pesakit resdung

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Dapatkan suplemen Shaklee daripada saya melalui maklumat berikut.
Kak Dirr
013-9512673
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Nilai.


Selasa, 27 Jun 2017

Kelantanies kelakar

Pada suatu hari di Hospital Kota Bharu...
Seorang lelaki berusia lingkungan 70-an sedang menunggu untuk
mendapatkan rawatan. Di sebelahnya duduk seorang lelaki muda
juga dengan tujuan yang sama.
Lelaki muda menyapa

" Pok cik ni sakit gapo?"
"Kecing manih. Lamo doh."

Tiba-tiba kakitangan hospital kelihatan cemas dan mengusung masuk
seorang pesakit yang tidak sedarkan diri. Pak cik tua tersebut bertanya
orang muda di sebelahnya,

"Tu bakpo pulok?"
"Kecemase"
"Oohh rupanya kecing mase lebih teruk dari kecing manih."

Isnin, 26 Jun 2017

Set Anggun Shaklee

Assalamualaikum semua, harini Kak Dirr nak kongsikan tips kekal anggun dan cantik sempena hari raya ini.Ia juga khas untuk wanita yang inginkan kelihatan menawan, tampil berkeyakinan dan mahukan yang terbaik. Ia juga boleh dikenalpasti sebagai tips yang boleh anda amalkan didalam kehidupan seharian agar kekal cantik dan sihat pada masa yang sama. Dibawah ini disenaraikan beberapa tips yang boleh anda ikuti dan amalkan.

DISIPLIN DIRI
Perkara pertama yang kita kena ada dalam diri kita ialah disiplin. Kalau tak ada disiplin apa pun tak akan jadi. Nak berjaya kena ada disiplin, nak cantik pun kena ada disiplin. Untuk kekal cantik kita mestilah mempunyai disiplin yang tinggi dan usaha berterusan. Jangan hangat-hangat tahi ayam je tau. Ikut mood tak akan ke mana la kita.


SAUNA
Sauna antara cara yang paling mudah untuk kita keluarkan peluh dan bakar lemak-lemak yang tak diperlukan tu. Secara tak langsung dapat menurunkan berat badan dan membuang toksin juga tau.
Sauna juga bagus untuk yang ada masalah bau badan. Ia dikatakan boleh mengatasi masalah bau badan juga. Sauna bukan sahaja bagus untuk kecantikan tubuh dan dalaman kita, malah mampu meningkatkan tahap kesihatan.

DETOKS
Detoks ni tujuannya untuk kita melancarkan proses pencernaan dan membersihkan dalaman kita dari segala bahan kotor, toksik, sisa buangan dan bahan beracun. Cara untuk detoks yang paling popular sekarang ni dengan minum air detoks. Camne nak buat air detoks ni senang je. Pelbagai bahan yang boleh digunakan untuk buat minuman detoks ni. Boleh google resepi air detoks atau taip je infused water. Macam-macam resepi air detoks yang boleh kita amalkan setiap hari.Yang paling ringkas dengan menggunakan buah lemon dan limau kasturi atau limau nipis. Potong nipis-nipis dan masukkan dalam jug berisi air. Letak dalam peti ais. Selepas 4 jam baru boleh minum. Yang ada masalah sembelit elok sangat la minum air detoks ni tau. Cubalah insyAllah pasti berkesan.


TIDUR AWAL
Tabiat tidur lewat mendorong perut kita akan berasa lapar. Ini menyebabkan tubuh kita akan keletihan. Kesannya lingkaran gelap bawah mata akan muncul. Pergi kerja dengan mata macam panda. Adeh malu la kan. Tidur yang mencukupi  membantu tubuh kita akan berasa lebih segar. Tidur bukan sekadar memenuhi keperluan tubuh. Apa yang penting bila kita tidur tubuh kita akan mendapat rehat yang sebenarnya dan secara tidak langsung tidur merawat tubuh kita secara semulajadi. Hasilnya muka kita pun nampak la berseri dan awet muda gitu..


PILIH MAKANAN BERKHASIAT
Pilihlah menu harian yang bergizi seperti banyakkan makan buah-buahan dan sayuran. Zat dan nutrisi yang terdapat di dalam makanan ini sangat penting untuk membekalkan nutrien yang mencukupi untuk tubuh kita. Contohnya vitamin E sangat penting untuk kecantika kulit. Kekurangan vitamin E menyebbakan kulit menjadi kusam dan cepat berkedut. Elakkan makan makanan ringan dan minumam yang manis. Jangan tidur selepas makan. Tabiat tidur ni kadang-kadang susah nak ubah kan. Bila perut dah kenyang mata pun layu je kan..Makan hendaklah secara konsisten. Makan sedikit tetapi kerap adalah cara terbaik untuk kekal langsing.


MINUM BANYAK AIR PUTIH
Kalau orang Johor sebut air putih tu air jarang..Biasa la kan lain negeri lain sebutannya. Tak kisah la nak guna istilah apa pun..Apa yang penting nak kulit cantik glowing kena la minum air masak yang banyak. Elakkan minum air manis dan berais. Mak saya selalu pesan nak awet muda minum air putih sejurus bangun tidur dan juga sebelum tidur.  Air yang mencukupi penting untuk proses penghadaman dan membantu untuk bakar kalori dengan lebih baik. Bila air yang cukup tubuh dan wajah kita pun lebih segar.

Set Anggun Shaklee


Pada masa yang sama Kak Dirr ada sediakan set anggun bagi wanita diluar sana untuk kegunaan harian supaya kekalkan momentum kecantikan dan kesihatan tersebut. Terdiri daripada vitamin C, Omega Guard, vita-lea, B-Complex, ESP dan juga tambahan GLA Complex untuk kegunaan harian kita semua. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Dapatkan suplemen Shaklee daripada saya melalui maklumat berikut.


Kak Dirr
013-9512673
Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Nilai.

Ahad, 25 Jun 2017

Kuah Kacang Sedap

Assalamualaikum dan salam hari raya Aidilfitri untuk semua, Kak Dirr harini nak kongsikan resepi kuah kacang yang Kak Dirr buat malam tadi, Cuma Kak Dirr tidak sempat nak tangkap gambar sebab fokus benar memasak dan tinggalkan Inara dengan ayahnya, tidak boleh tinggal lama-lama dengan ayahnya itu. Ini merupakan resepi yang mak Kak Dirr turunkan kepada anak-anak beliau, resepi yang ringkas dimana semua orang dapat membuatnya, yang baru belajar pun boleh, hehe campak-campakkan aje.

Bahan-bahan:
600 gm kacang tanah
5 ulas bawang besar
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai diketuk
1/2 cawan cili kisar
1 cawan gula melaka
1 sudu besar gula pasir
1 cawan minyak masak
1 cawan air
1 biji kelapa dan perahkan santannya.
Garam


Cara-cara:
1.       Kacang tanah hendaklah disangai terlebih dahulu sehingga masak, masih panas kacang tersebut senang untuk dibuang kulitnya, saya ramas kacang supaya kulit tertanggal dan selepas itu hendaklah ditanpi supaya hanya tinggal kacang sahaja. Separuh saya kisar halus dan separuh lagi saya tumbuk kasar.
2.       Kesemua bawang iaitu bawang besar, bawang merah, bawang putih dan cili dikisar bersama-sama, saya suka letakkan sedikit minyak ketika kisar supaya cepat hancur dan senang garis apabila menumis nanti.
3.       Pertama sekali tumiskan terlebih dahulu serai yang diketuk tadi dengan minyak dan barulah masukkan bahan yang telah dikisar tadi supaya naik bau wangi serai tersebut.
4.       Selepas pecah minyak baru maskkan gula pasir dan sedikit garam.
5.       Selepas gula telah terkaramel barulah masukan sedikit air terlebih dahulu dan barulah santan. Saya letak santan supaya lebih rasa berlemak.
6.       Sentiasa kacau adunan tersebut dan masukkan gula melaka serta kacang tanah yang telah dikisar hancur dan kasar itu tadi. Gula melaka akan memberikan rasa yang lebih enak didalam masakan kita.
7.       Biarkan mendidih sehingga terbit minyak, lagi lama dididihkan lagi enak masakan kita ini. Boleh dihidangkan bersama-sama nasi impit dan sate.


Ini merupakan menu wajib kami sekeluarga setiap tahun, Jika mak Kak Dirr tidak larat membuatnya, Kak Dirr akan mambantu mak untuk memasak menu hari raya ini. Alhamdulillah Kak Dirr ucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua yang mengenali Kak Dirr secara jauh mahupun yang dekat. 

Sabtu, 24 Jun 2017

Vitamin C Shaklee

Assalamualaikum, alhamdulillah harini Kak dirr nak kongsikan kepada semua kebaikan vitamin C, dipetik daripada wikipedia Vitamin C atau asid askorbik (asid L-askorbik atau L-askorbat) merupakan sejenis zat nutrien terpenting yang diperlukan oleh manusia dan beberapa spesies haiwan tertentu, dan juga merupakan salah satu dari jenis-jenis vitamin utama. Dalam keperluan organisme hidup, askorbat adalah sejenis bahan bersifat anti-pengoksidaan, kerana dilihat mampu menjaga badan manusia melawan tekanan oksidatif.Ia juga merupakan kofaktor dalam sekurang-kurangnya lapan tindak balas enzim, termasuk tindak balas sintesis beberapa jenis kolagen yang boleh menjadi penyebab simptom kegagalan penerimaan Vitamin C seperti penyakit kancing gigi.Bagi haiwan, tindak balas ini adalah penting untuk menyembuhkan luka serta mengelakkan berlaku pendarahan pada kapilari dan pembuluh darah.

Tumbuhan biasanya merupakan sumber terbaik vitamin C, namun jumlah Vitamin C di dalam makanan berasaskan tumbuhan adalah bergantung kepada spesies tumbuhan tersebut, keadaan tanah, suhu dan iklim pertumbuhan tanaman, tempoh masa tuaian, keadaan penyimpanan dan langkah penyediaan. Kebanyakan spesies haiwan dan tumbuhan mampu menghasilkan vitamin C sendiri, maka sesetengah (bukan semua) keluaran haiwan boleh dijadikan sumber pemakanan vitamin C. Walau bagaimanapun manusia, primat, tikus belanda dan kelawar tidak dapat menghasilkan Vitamin C secara semulajadi kerana mutasi yang berlaku pada gen GULO (gulonolactone oxidase) dalam sistem badan mereka mengakibatkan ketidakmampuan tubuh mereka menghasilkan protein. GULO normal adalah enzim yang menjadi pemangkin kepada tindak balas D-glucuronolactone dengan oksigen terhadap L-xylo-hex-3-gulonolactone. Tindak balas spontan ini sekaligus menghasilkan Asid Askorbik semulajadi (Vitamin C). Walaubagaimanapun tanpa enzim GULO, tiada vitamin C dapat dihasilkan.

Badan kita amat memerlukan Vitamin C. Kenapa?
Untuk merangsang pembentukan sel kulit yang sihat
Untuk merangsang pembentukan collagen
Untuk tulang, gigi, gusi yang sihat
Untuk menyokong kesihatan otot, cartilage (tisu), dan saluran darah
Juga membantu melindungi kerosakan sel akibat pencemaran sekitar, stress, rokok dan diet pemakanan yang tidak seimbang

Vitamin C Shaklee


Badan kita tidak dapat menghasilkan atau menyimpan Vitamin C terlalu lama kerana ianya akan berkurangan semasa kita melakukan aktiviti seharian. Oleh itu, ia perlukan penambahan yang berterusan. Pengambilan buah-buahan citrus setiap hari hanya membekalkan kuantiti Vitamin C yang sedikit. Sebagai contoh saiz orange yang medium hanya membekalkan 66 mg Vitamin C sahaja!

Apakah perbezaan Sustained Release Vitamin C Plus dan supplement Vitamin C lain?

Shaklee menghasilkan Vitamin C dari kanji jagung (corn starch) yang merupakan sumber asli Vitamin C.
Kaedah Sustained Release ini membolehkan vitamin C diserap ke dalam badan sepanjang 5 jam untuk memastikan badan anda mengandungi Vitamin C disaat anda memerlukannya. Ia bersamaan dengan pengambilan 1.5 biji oren setiap jam selama 5 jam!!
SR Vitamin C ditambahkan dengan 120 mg Citrus Bioflavanoids Complex. Bioflavanoids membantu penyerapan vitamin C.


Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Dapatkan suplemen Shaklee daripada saya melalui maklumat berikut.

Kak Dirr
013-9512673
Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Nilai.

Jumaat, 23 Jun 2017

Resepi Ayam Percik Kelantan

Assalamualaikum semua alhamdulillah tidak lama lagi kita umat islam akan menyambut hari lebaran, sepanjang bulan Ramadhan ini memang Kak Dirr suka memasak resepi-resepi kegemaran Kak Dirr, terutama ayam percik versi kelantan ini, kerana Kak Dirr juga berasal daripada Kelantan, mak dan ayah Kak Dirr berasal daripada Kelantan ye, tetapi kami sekeluarga menetap di Pahang kerana ayah Kak Dirr berhijrah ke tanah rancangan Felda ketika abang Kak Dirr masih kecil lagi. Masakan Kelantan sudah sebati dalam diri Kak Dirr sekeluarga dan memang Kak Dirr gemari, malahan ayam percik Kelantan ini selalu mak masak ketika bulan Ramadhan, dan bila telah berkahwin ini selalu teringat kenangan silam berpuasa dirumah bersama-sama mak dan ayah. Mula la terbayang-bayarang menu masakan mak tu, tetapi yang sayangnya Kak Dirr tidak ambil pula resepi mak, tetapi resepi yang Kak Dirr nak kongsikan ni lebih kurang sama sahaja sebab ianya senang dan mudah dimasak.

Resepi ayam percik ini adalah diambil daripada blog  aziejaya.blogspot.com iaitu daripada Puan Azie, jika senang bolehlah melawat blog dia ye, memag best sangat jika blogwalking ke blog Puan Azie tersebut, macam-macam menu masakan yang boleh dicuba, semua nampak menyelerakan taw. Kalaw boleh semua nak cuba, namun harini Kak Dirr kongsikan resepi seperti dibawah :

Bahan bahan:
1 ekor ayam - potong 4

Bahan Perap:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Garam secukupnya

Bahan Kuah:
2 pek santan pekat
10 ulas bawang merah
1 inci halia
1 batang serai
3 tangkai cili kering - boleh tambah jika suka pedas
Garam secukupnya
Gula - kena ada rasa manis
1/4 keping asam keping - letak sekejap dan dikeluarkan takut terlebih masam

Cara cara:
Kisar bahan perap sehingga halus dan perap pada ayam dalam 30 minit. Bakar ayam sehingga masak. Saya kukus ayam terlebih dahulu supaya cepat dan sekata masaknya. Sementara ayam dibakar, boleh sediakan bahan kuah.

Kisar semua bahan kuah dengan santan dan masakkan di atas dapur dengan api perlahan sambil terus dikacau. Masak sehingga kuah pekat. Masukkan asam keping, garam dan gula secukupnya. Bolehlah diangkat.

Apabila ayam mulai sedikit keperangan, lumur bahan kuah di serata permukaan ayam dan bakar seketika. Terbalikkan ayam dan lumur kuah lagi secara berulang ulang di kedua dua belah ayam.

Bolehlah diangkat untuk dihidangkan.

Nota:
Boleh juga terus dibakar ayam perap dalam pemanggang ajaib tanpa perlu dikukus.

Jika suka, boleh juga ayam direbus dengan separuh dari bahan kuah.


Khamis, 22 Jun 2017

Set Detox Shaklee

Assalamualaikum, ramai sebenarnya tak tahu cara detox sebenarnya, pada mulanya Kak Dirr pon ingat detox itu adalah mencuci usus semta-mata, tapi sebenarnya jangkaan Kak Dirr meleset sama sekali. Nak tahu macam mana badan kita ni detox? Melalui pembuangan air kecil atau air besar. so lagi banyak kita minum air, lagi banyak kita buang air kecil, dan dari situlah segala kotoran, toksin semua keluar.Toksin banyak sebenarnya dalam badan manusia, terutamanya sekali melalui pemakanan, skincare dan juga peralatan kegunaan rumah yang kita gunakan didalam kehidupan seharian kita. Matlamat detox adalah nak memulihkan fungsi dan kecekapan semua organ detox iaitu hati dan mengambil masa sekurang-kurangnya 6 bulan untuk pulih. Salah satu cara detox adalah dengan cara pernafasan yang betul serta air yang mencukupi. Cara pernafasan adalah dengan tarik nafas dengan hidung dan hembus perlahan-lahan menggunakan mulut ini bagi mengelakkan badan kita menyerap kembali karbon dioksida yang telah dilepaskan, menyerap kembali karbon dioksida sangat tidak elok untuk badan sebenarnya.

Menghilangkan atau mengeluarkan racun (detox) dari dalam tubuh wajar dilakukan untuk menjaga kesihatan tubuh agar tetap sihat. Gaya hidup dan persekitaran yang tidak sihat, termasuk tabiat buruk seperti merokok dan mengambil minuman keras serta kepelbagaian jenis makanan yang diambil juga boleh menyebabkan racun-racun ini terkumpul di dalam tubuh. Racun-racun tersebut boleh merosak organ serta melemahkan sistem ketahanan tubuh. Oleh sebab itulah, diperlukan cara-cara semulajadi untuk mengeluarkan sekaligus menghilangkan racun pada tubuh, selain daripada menggunakan suplemen ‘detox’.

Okey disini Kak Dirr nak ceritakan proses mengingkirkan toksin dalam badan ataupun disebut detox.
1.    Toksin yang larut dalam lemak ( daripada air, makanan, skincare, udara, sabun dan lain-lain ) akan pergi ke hati.
2.    Hati bagi proses detox semulajadi untuk tukarkan daripada FS ke WS dan akan masuk ke usus besar untuk membuang.
3.    Toksin yang telah ditukar ataupun detox ke usus besar yang sihat, peristalsis lancar, najis mudah keluar dengan mudah.
4.    Toksin berjaya keluar daripada badan.

Sekiranya usus besar tidak sihat, peristalsis terganggu, najis tidak dapat keluar dan akan terjadi sembelit. Toksin gagal keluar daripada badan, diserap semula di dalam darah, hantar semula ke hati, hati akan terbeban dengan kerja yang banyak, proses ini akan berulang jika tidak dibetulkan.
Jadi disini hati sangat memainkan peranan penting dalam proses detox, oleh itu sayangilah hati anda sepertimana anda menyanyangi diri sendiri. Detoxlah diri anda dengan menggunakan cara yang betul supaya proses detox berjalan lancar dan berjaya, badan pun akan kembali sihat.

Antara tanda-tanda toksin berlebihan dalam badan dapat dikategorikan seperti :

1.    sering letih
2.    sakit kepala
3.    sentap
4.    kurang bertenaga
5.    mulut berbau
6.    badan berbau
7.    insomnia (masalah tidur)
8.    mata gatal
9.    daya ingatan
10.  brain fog
11.  fatigue
12.  tumpuan yang lemah dan rasa cemas
13.  alahan
14.  masalah sinus
15.  sistem imun yang lemah
16.  masalah sistem pencernaan seperti sembelit dan kembung perut
17.  masalah sendi
18.  masalah kulit
19.  selulit
20.  serta kenaikan berat badan


Dan yang paling menakutkan adalah toksin amat suka pada lemak dalam badan kita dan ia menjadi sumber makanan dan tempat tinggal terpenting toksin-toksin ini.  Dan organ tertinggi lemak adalah otak iaitu mempunyai 70% kandungan lemak. Jadi mana pilihan yang kita ada? Toksin di otak atau di usus? Pilihan yang semestinya sukar dipilih. Tetapi kita mampu utk sihat dengan detox sebagai pilihan dan bantuan. Selagi badan tidak dipulihkan toksin ni tetap masih direcycle dari hati ke usus dan kembali ke hati semula tanpa henti. 

Set Detox Shaklee

Marilah kita sama-sama menjaga hati dan menjaga diri sendiri dengan set detox supaya permulaan baru yang sihat. Set Detox shaklee terdiri daripada  DTX Complex, Herb-Lax, Alfafa Complex, Papermint Ginger Plus dan Vivix. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Dapatkan suplemen Shaklee daripada saya melalui maklumat berikut.

Kak Dirr
013-9512673
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Nilai.

Rabu, 21 Jun 2017

POKOK SERIBU KHASIAT - ALFAFA

Assalamualaikum semua. 10 malam terakhir sudah sampai,bersesuaian dengan surah Al-Qadr. Ayat tiga " Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan", marilah bersama-sama kita mencari malam lailatulqadar tersebut. Nama alfafa juga datangnya daripada perkataan arab Alfi bermaksud seribu taw. Bermaksud alfafa ini adalah seribu zat. Didalam kelas baru Kak Dirr tau yang tumbuhan alfafa ni akar dia panjang sebanyak 20 kaki kedalam tanah berbeza dengan tumbuhan lain, sebab itu ia mempunyai zat yang banyak, dapat serap semua mineral didalam tanah mengikut level yang berbeza-beza. Beza dengan yang lain, alfafa shaklee pula dihasilkan ditanah pendalaman California yang ada tanah yang sangat subur,lepas tu pula hanya diambil daun yang sudah matang sahaja untuk diproses dan juga tidak ada syarikat lain yang proses alfafa seperti shaklee sebab mereka keringkan daun alfafa ini secara semulajadi guna udara dan matahari je. Jangan tidak percaya ya.

alfafa



KANDUNGAN ALFALFA

1.     Kaya dengan klorofil. Lebih kurang 1000g (1kg) daun-daun muda alfalfa hijau yang dipotong segar diperlukan untuk mengekstrak 2.5g klorofil bermutu tinggi.
2.     Sekurang-kurangnya 4 kali ganda tinggi daripada sayuran-sayuran biasa. 
3.     Kandungan protein alfalfa ialah 18.9% berbanding dengan 16.5% dalam daging lembu, 13.1% dalam telur dan 3.3% dalam susu. 
4.     Kandungan kalsium alfalfa pula ialah 14 kali ganda lebih daripada germa gandum dan 144 kali lebih daripada hati. 
5.     Dikenali sebagai tumbuhan beralkali di dunia dan kealkaliannya membantu meneutralkan asid toksik dalam sistem badan kita.

FAEDAH-FAEDAH ALFALFA

1.    Merawat gangguan pencernaan
2.    Mengawal kolestrol dalam darah
3.    Menghapuskan kolestrol buruk 'LDL' dari tubuh
4.    Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok
5.    Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah
6.    Mencegah edema - Pengumpulan air dalam badan
7.    Mengurangkan simptom menopous
8.    Merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan
9.    Merawat masalah sembelit
10.  Menyahkan toksik dalam tubuh
11.  Mengurangkan kesakitan otot dan sendi
12.  Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
13.  Membantu masalah penghadaman
14.  Membantu memperbanyakkan susu ibu
15.  Mengurangkan masalah pundi kencing
16.  Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati
17.  Meningkatkan kesihatan prostat
18.  Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita
19.  Menghangatkan hubungan suami isteri
20.  Membantu tingkatkan kesihatan lelaki

Cara Pengambilan Alfalfa Complex Shaklee.

Anda boleh membuat tempahan Alfalfa Shaklee samada boleh mengandungi 330 tablets ataupun 770 tablets.Bentuk tablets adalah bulat dan bewarna kehijau-hijauan.Maksimum pengambilan setiap hari adalah sebanyak 10 biji. Sebagai permulaan,kami mencadangkan anda mengambil sebanyak 4 biji sehari.Anda boleh mengambil 2 biji selepas makan tengahari dan 2 biji selepas makan malam.Ini bagi membolehkan tubuh anda serasi dan tidak mengalami alahan atau healing crisis yang teruk.

Anda boleh membuat tempahan Alfalfa Shaklee samada boleh mengandungi 330 tablets ataupun 770 tablets.Bentuk tablets adalah bulat dan bewarna kehijau-hijauan.Maksimum pengambilan setiap hari adalah sebanyak 10 biji. Sebagai permulaan,kami mencadangkan anda mengambil sebanyak 4 biji sehari.Anda boleh mengambil 2 biji selepas makan tengahari dan 2 biji selepas makan malam.Ini bagi membolehkan tubuh anda serasi dan tidak mengalami alahan atau healing crisis yang teruk.

Healing crisis terjadi kerana tubuh anda hendak menyingkirkan toksin di dalam badan.Ketika ini jerawat akan keluar dengan banyak atau berasa pening kepala.Anda juga di nasihatkan supaya minum air dalam kuantiti yang banyak. Alhamdulillah banyak khasiat alfafa ini untuk orang perempuan dan juga lelaki. Kak Dirr dah makan alfafa ini dan memang terbukti.
khasiat alfafa

Kak Dirr
013-9512673
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Nilai.

Selasa, 20 Jun 2017

TEKNIK MENANAM POKOK

Assalamualaikum semua, hari minggu yang lepas Kak Dirr hanya duduk di rumah sahaja disebabkan anak Kak dirr, Irdina tidak sihat, demam cacar air la pula, sangat kesian. Semoga dia cepat sembuh. Kak Dirr ada hobi lain sebenarnya, sebab tengok bila balik kampung mak Kak Dirr banyak menanam pokok keliling rumah. Seronok tengok pokok hidup subur dan juga jimat tak perlu beli. Disebabkan juga harga pokok herba serta sayuran di pasar sangat mahal sekarang dan akan datang jadi Kak Dirr juga ambil keputusan untuk tanam sendiri pokok-pokok ini. Sekarang koleksi Kak Dirr ada pokok limau kasturi, limau purut, pokok kunyit, pokok halia, serai dan juga pokok buah mulberry.

Harini Kak Dirr nak kongsikan cara penanaman pokok serai bagi rujukan semua. Serai biasa digunakan dalam masakan di Malaysia terutama bagi orang Melayu. Selain digunakan sebagai bahan penyedap rasa dalam masakan, serai juga sebenarnya kaya dengan pelbagai manfaat terutama dalam bidang kecantikan dan kesihatan seperti:

1) sebagai antioksidan dan mencegah penyakit kanser.
2) dapat memutihkan gigi
3) menyembuhkan perut kembung
4) Menghasilkan minyak serai
Jom kita belajar macam mana nak menanam serai dalam pasu bunga. Boleh jimat duit belanja dapur!
Langkah 1
Dapatkan anak benih– boleh beli je dari kedai runcit. Kalau boleh cari yang berakar.
Langkah 2
Rendam anak benih dalam bekas. Kerana anak benih yang dibeli dari kedai biasanya dah tiada akar, so kita rendam untuk menggalakkan pertumbuhan akar. Rendam pada bekas lutsinar dan air sikit saja. Insyaallah akar akan tumbuh 4-5 hari kemudian.
Langkah 3
Penyediaan tanah. Tanah yang baik adalah campuran tanah lektrik / tanam merah dengan tanah bakaran sampah. Tapi saya pakai tanah yang dibeli dinursery je.
Langkah 4
Menanam. Ini adalah satu proses yang amat penting.Pastikan kita menanam serai dengan kedalamannya cukup sekadar tenggelam akar sahaja dan bukannya sampai habis perut serai.Serai akan mati jika kita menanam dengan terlalu dalam menyebabkan anak serai susah nak tumbuh keluar dari benih serai.
Langkah 5
Menyiram. Kita perlu menjirus sekurang-kurangnnya 2 kali sehari iaitu semasa awal pagi dan petang untuk memastikan serai kita tumbuh dengan sihat dan cepat.Selepas 7 hari barulah kita boleh mengurangkan siraman air kepada 1 kali sehari.
Langkah 6
Pembajaan. Saya guna baja tahi ayam. dua minggu sekali.
Langkah 7
Menuai. Jangan mengerat daun serai semasa proses pembesaran.

Ini adalah koleksi pokok-pokok yang Kak Dirr tanam tersebut, baru mini je tanaman Kak Dirr ini, moga terus hidup subur ye anak-anak.
halia, ginger

kunyit

limau kasturi

limau purut

mulberry

serai


Kak Dirr
013-9512673
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Nilai.