Assalamualaikum hye semua apakhabar?harini dah masuk seminggu Kak Dirr menjadi surirumah disebabkan mengambil cuti kurantin menjaga anak yang sakit demam chiken pop. Dalam seminggu ni adalah aktiviti Kak Dirr menjaga anak sambil menonton tv, habis semua chanel Kak Dirr teroka, minggu lepas ataupun masa kerja memang tidak sempat la kita nak layan tv ni sebab lagi banyak, minggu lepas pulak tu kita balik kampung beraya banyak sangat kerja sampi nak tengok tv pon tak sempat.
Tetapi cuti ni Kak Dirr ada tertengok cj wow shop. Biasa la kalaw rancangan ni demokan produk mereka dengan sangat berkesan sekali. Kak Dirr tengok rancangan yang menjual preasure cooker jenama cornell. Sekali tengok je terus terpesona tapi Kak Dirr tak sempat sangat nak buat kajian lagi pasal produk ini denagn jenama lain. Tapi dah taget dan riki-riki la beberapa jenama tersebut macam Cornell, Noxxa, Philips dan Media. Agak-agak korang yang mana satu pilihan terbaik dan juga berbaloi-baloi murah kena dengan harganya? Nanti Kak Dirr update dalam entry lain ye dan juga akan tengok yang mana satu pilihan hati.
Merupakan seorang isteri kepada suami encik polis yang sebelum ini pernah bertugas di Kuching, Sarawak. Dan sudah mempunyai anak perempuan seramai dua orang yang dinamakan Nur Irdina dan juga Nur Inara yang juga sebagai Mybig N dan I.Berasal daripada keluarga yang dibesarkan di kawasan felda. Sedang bekerja didalam Universiti Sains Islam Malaysia sebagai Penolong Akauntan
Jumaat, 7 Julai 2017
Khamis, 6 Julai 2017
Cara Terbaik Menyimpan Susu Badan
Untuk menyimpan susu badan, pilih bekas yangdisterilkan dan bertutup dengan rapat.
Anda boleh menyimpan susu badan:
Sebagai tambahan kepada garis panduan, elok juga bagi anda mengetahui perkara yang berikut:
Susu segar mengekalkan lebih banyak ciri-ciri perlindungannya berbanding dengan susu beku, jadi sejauh mana yang boleh, gunakan susu yang disejukkan dan bukan susu beku untuk menyusukan bayi anda. Tetapi ingatlah bahawa susu badan yang dibekukan masih mempunyai lebih khasiat kesihatan daripada susu formula.
Ingatlah, apabila anda mengepam susu, cuci tangan anda dan pastikan pam buah dada dicuci, dibilas dan disterilkan dengan betul untuk mencegah sebarang bakteria dari membiak dalam susu tersebut.
- Gelas atau plastik keras adalah pilihan yang lebih baik untuk menyimpan susu bagi tempoh yang lama.
- Beg sejuk khas juga boleh dibeli. Pilih beg sejuk beku yang tebal atau bahagian luarnya diperbuat daripada nilon.
Anda boleh menyimpan susu badan:
- Pada suhu bilik tidak melebihi daripada 25 darjah C, selama empat jam.
- Dalam peti ais bersuhu 4 darjah C atau lebih rendah tidak melebihi 24 jam.
- Dalam peti sejuk beku bersuhu -20 hingga -18 darjah C, yang tidak mempunyai kitar nyahbeku, selama tiga hingga enam bulan.
Simpanlah susu di bahagian belakang peti sejuk atau peti sejuk beku, jauh dari pintu sebab item yang disimpan di hadapan lebih mudah terjejas dengan perubahan suhu semasa anda membuka peti sejuk beku.
Sebagai tambahan kepada garis panduan, elok juga bagi anda mengetahui perkara yang berikut:
- Anda boleh mencampurkan susu yang barudipam dengan susu beku jika ia didinginkan dahulu sekurang-kurangnya sejam, dan jumlahnya adalah kurang daripada jumlah susu yang telah beku.
- Jika anda akan membekukan susu badan, lakukannya dalam masa 24 jam.
- Susu yang dialihkan dari peti sejuk beku ke peti ais boleh disimpan sehingga 24 jam.
Susu segar mengekalkan lebih banyak ciri-ciri perlindungannya berbanding dengan susu beku, jadi sejauh mana yang boleh, gunakan susu yang disejukkan dan bukan susu beku untuk menyusukan bayi anda. Tetapi ingatlah bahawa susu badan yang dibekukan masih mempunyai lebih khasiat kesihatan daripada susu formula.
Ingatlah, apabila anda mengepam susu, cuci tangan anda dan pastikan pam buah dada dicuci, dibilas dan disterilkan dengan betul untuk mencegah sebarang bakteria dari membiak dalam susu tersebut.
Rabu, 5 Julai 2017
Al-Muzzammil
Al-Muzzammil Ayat 1 - 10 Dan Terjemah
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
(1). يَا أَيُّهَا الْمُزَّمِّلُ
Hai orang yang berselimut (Muhammad),
(2). قُمِ الَّيْلَ إِلَّا قَلِيلًا
bangunlah (untuk sembahyang) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya),
(3). نِصْفَهُ أَوِ انْقُصْ مِنْهُ قَلِيلًا
(yaitu) seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu sedikit,
(4). أَوْ زِدْ عَلَيْهِ وَرَتِّلِ الْقُرْآنَ تَرْتِيلًا
atau lebih dari seperdua itu. Dan bacalah Al Qur'an itu dengan perlahan-lahan.
(5). إِنَّا سَنُلْقِي عَلَيْكَ قَوْلًا ثَقِيلًا
Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat.
(6). إِنَّ نَاشِئَةَ الَّيْلِ هِيَ أَشَدُّ وَطْئًا وَأَقْوَمُ قِيلًا
Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyuk) dan bacaan di waktu itu lebih berkesan.
(7). إِنَّ لَكَ فِي النَّهَارِ سَبْحًا طَوِيلًا
Sesungguhnya kamu pada siang hari mempunyai urusan yang panjang (banyak).
(8). وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا
Sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadahlah kepada-Nya dengan penuh ketekunan.
(9). رَبُّ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ فَاتَّخِذْهُ وَكِيلًا
(Dia-lah) Tuhan masyriq dan maghrib, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, maka ambillah Dia sebagai pelindung.
(10). وَاصْبِرْ عَلَىٰ مَا يَقُولُونَ وَاهْجُرْهُمْ هَجْرًا جَمِيلًا
Dan bersabarlah terhadap apa yang mereka ucapkan dan jauhilah mereka dengan cara yang baik.
Isnin, 3 Julai 2017
Puding Roti Kuah Kastard
Assalamualaikum
semua, harini Kak Dirr nak kongsikan resepi puding roti kuah kastard yang Kak
Dirr buat hari raya dahulu. Resepi ini hasil ujikaji dan blogwalking Kak Dirr
melawat blog-blog dan Kak Dirr ubat sedikit mengikut selera Kak Dirr. Resepi
asal daripada Azie Kitchen taw tapi Kak Dirr dah ubah sedikit mengikut resepi dan selera Kak Dirr.
Puding Roti Kuah Kastard
Oleh: Azie
Kitchen
Bahan bahan:
6 keping roti Gardenia - potong cube
2 cawan susu segar
1/2 cawan gula kaster
1 sudu besar mentega
1/4 sudu kecil garam
2-3 biji telur - pukul ringan
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu tepung kastard
Sedikit kismis
Sedikit serbuk kayu manis
Cara cara:
1.
Potong dan susun roti didalam dulang yang telah
disatukan dengan sedikit mentega dan ketepikan. Kalaw Kak Dirr suka susun dan
selangselikan dengan lapisan kasmis.
2.
Panaskan susu seketika dan bila hampir mendidih,
bolehlah diangkat.
3.
Kemudian masukan mentega, garam dan gula dan kacaw
rata biarkan suhu sejuk sedikit.
4.
Pukul telur dan masukkan susu suam itu tadi dan
kacaw rata sehingga suhu telur dan susu sekata, kemudian barulah dimasukkan ke
baki susu yang didalam periuk itu tadi, ini adalah bagi mengelakkan supaya
telur tidak masak.
5.
Kemudian boleh ditambah esen vanilla, serbuk
kayu manis dan juga tepung kastard serta digaul rata.
6.
Bolehlah dituangkan didalam dulang yang berisi
roti yang telah disusun itu tadi. Biarkan seketika sebelum dibakar pada suhu
180C selama 45 minit hingga 1 jam. Sedia untuk dihidangkan.
Sos Kastard
Bahan-bahan untuk
sos kastard:
1 tin susu cair
1/4 tin air (guna tin
susu cair tadi)
2 sudu besar tepung
kastad
2 sudu besar gula halus
1 sudu teh esen vanilla
Untuk sos kastard:
Satukan bahan-bahan sos
kastard ke dalam periuk, petua untuk elakkan tepung kastard berketul-ketul
semasa memasak, jangan panaskan lagi periuk, kacau dulu tepung bagi sebati dah
larut/hancur baru letak atas dapur dan panaskan guna api sederhana masak sampai
pekat,kepekatan sos terpulang pada selera, dah sejuk nanti lagi pekat
sebenarnya.
Lokasi:
Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Ahad, 2 Julai 2017
Kata-Kata Hikmah Islam
Banyak benda tak terluah hanya mampu ditulis.walau tak
dikongsi pada butir bicara.hanya ditaip pada papan kekunci,hanya dibaca
insan-insan tidak dikenali.tapi sekurang-kurangnya masih ada tempat untuk
berbagi.
Kata-Kata Hikmah Islam
1. "Kalau hidup ini pahit, Allah lah gulanya"
2. “Tidak perlu kenal bertahun-tahun. Orang yang sudah
mencintai Allah, maka akan dengan mudah ia mencintai orang yang juga mencintai
Allah.”
3. Ujian yang Allah beri tu kadang-kadang hati kita rasa tak
sama.Semua bergantung pada tahap iman kita.
4. Kalau iman tengah tinggi macam gunung.. datang la ujian
besar mana, kita boleh lalui dengan tenang..yela, iman tengah bertambah.
5. Kalau iman dalam keadaan lemah longlai..berkurang.. ujian
sekadar jentikan dari Allah kita dah rasa macam tsunami yang menimpa..walhal
benda kecil je pun.
6. Tapi apa yang Allah beri pada kita, memang betul-betul
sesuai pada ukuran iman dan kemampuan diri kita untuk hadapi. Tak mampu, Allah
takkan beri.
7. Jangan bandingkan ujian orang lain dengan ujian kau.
Setiap orang tak sama. Alangkan saiz kasut... saiz baju pun berbeza-beza,
inikan ujian kiriman Tuhan.
8. “Merantaulah. Gapailah setinggi-tingginya impianmu.
Bepergianlah. Maka ada lima keutamaan untukmu; melipur duka dan memulai
penghidupan baru, memperkaya budi, pergaulan yang terpuji, serta meluaskan
ilmu”
9. Sungguh, bukan mekap, beg tangan, baju seluar, kasut
tumit, yang membuatkan kita cantik di mata Tuhan. Yang membuatkan kita cantik
di mata Tuhan adalah kerana kita menepati indikator perempuan yang mukminah
lagi solehah.
10. Mengejar manusia kita akan lelah. Kejar Tuhan inshaAllah
kita takkan rebah.
Label:
Kata Hikmah
Lokasi:
Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Sabtu, 1 Julai 2017
Omega Guard Shaklee
Assalamualaikum dan selamat pagi, hye-hye semua harini nak kongsikan berkaitan dengan omega guard shaklee dimana mempunyai kelebihkan tersendiri
Kelebihan Omega 3
dalam Omega Guard Shaklee
1. Minyak Omega 3
dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)
2. Tidak dihasilkan
dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik.
3. Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3
kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan.
4. Sangat berbeza daripada produk omega 3 di
pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu- satunya minyak
ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3
semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.
5. 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak
omega 3, EPA dan DHA.
6. Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen
bergred farmaseutikal berteknologi terkini
7. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3
molekul untuk mengektrask omega 3 yang tulen
dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum,
merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB. Hati-hati memilih minyak ikan
omega 3 di luar sana kerana kemungkinan tahap merkuri tinggi dan kualiti serta
keberkesanannya belum tentu terjamin.
26 Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee
1. Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon
PMS wanita
2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3. Mencegah salur darah dari tersumbat
4. Omega 3 dapat mengelakkan strok
5. Mengekalkan tekanan normal darah
6. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7. Mengurangkan sakit kepala
8. Merendahkan kolestrol
9. Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah obesiti
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan
perkembangan otak janin
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan
kanak-kanak
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk
kesihatan kanak-kanak
16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit
seperti eczema, psoriasis, dll 18. Mengurangkan demam hay, bronkitis,
penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus)
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
20. Membantu menentang kanser paru-paru,
payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih
baik
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
24. Mencegah penyakit gout Selain itu, Omega 3 yang
terkandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan
otak sepert:-
- Mencegah insomnia
- Mengurangkan
tekanan emosi
- Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
- Membantu memperbaiki masalah autism
- Membantu
memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
- Mengurangkan masalah schizophrenia
- Mengurangkan
masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak Semua peringkat umur sedari
setahun ke atas boleh menggunakan Omega Guard ini.
Tiada tahap kesihatan yang baik tanpa pelaburan wang untuk
membeli produk yang bermanfaat seperti Omega Guard Shaklee ini
Siapa Perlukan Omega 3 Untuk Menyokong Tahap Kesihatan?
1. Warga Emas
2. Pesakit Jantung
3. Wanita
4. Wanita yang telah melahirkan anak
5. Pesakit darah tinggi
6. Orang yang selalu lupa
7. Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas
8. Pelajar
9. Ibu menyusu
10. Ibu Hamil
11. Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus
Jika ada sebarang pertanyaan, hubungi saya seperti dibawah ya.
KAK DIRR
013-95121673
shaklee independent distributor
Jumaat, 30 Jun 2017
Kalsium - Ostematrik
Assalamualaikum dan selamat pagi semua,
harini Kak Dirr nak kongsikan ilmu berkaitan dengan vitamin ostematrix Shaklee.
Adakah anda kerap mengalami sakit pinggang, lenguh badan, kebas kaki dan kaki
goyang? Ini merupakan tanda awal bahawa anda kekurangan kalsium dalam badan
anda. Kalsium sangat penting bagi ibu menyusu macam Kak Dirr dan juga ibu
mengandung, ahli sukan dan warga emas. Dulu Kak Dirr selalu sangat alami sakit
panggang ini bermula apabil Kak Dirr hamilkan anak pertama dulu sehinggakan
proses menyusu anak. Jika sekarang pun jika Kak dirr terlupa untuk mengambil
Ostematrix ini mesti Kak Dirr akan rasai kesakitan tulang belakang tersebut
kerana Kak Dirr merepakan ibu menyusu yang tegar untuk susukan anak sehingga
dia berusia 2 tahun. Meh nak kongsikan kebaikan dan cara pengambilan vitamin
ini.
KHASIAT DAN KEBAIKAN
OSTEMATRIX SHAKLEE
Menguatkan Tulang
Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi dan sistem saraf.
Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema,
konvulsi/kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.
Memperbaiki Kekejangan Dan Kebas-kebas
Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas,
kekejangan, sakit sendi dan artritis.
Meringankan Stress
Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf,
penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar,
mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan
pitam.
Memperbaiki Masalah Haid
Kajian menunjukkan dengan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan
sakit waktu haid dan membantu melawaskan pembuangan air kencing.
Pengalkalian Tubuh
Kalsium adalah mineral alkalin, ianya berkesan dalam memastikan imbangan pH tubuh.
Ia juga menghalang obesiti diwaktu usia tua. Tambahan pula kalsium membantu sel
menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.
MEMPERBAIKI HIPERAKTIVITI PERUT DAN SAKIT GASTRIK
Vitamin D
Dinamakan sebagai Vitamin D pada 1916 bila didapati ia mampu merawat penyakit
rickets. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meningkatkan
ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal.
Vagetarian, yang kurang terdedah pada matahari sewaktu musim panas, individu
melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu mengambil supplemen
vitamin D.
Magnesium
Ia adalah ion positif no.2 penting di dalam tubuh kita. Ianya menggalakkan komposisi
tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk
menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak
sekata pesakit jantung, memudahkan renbesan keluar sisa dari perut dan usus,
menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau
batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah
fluktuasi glukos.
Zinc, Boron, Manganes, kuprum
Memelihara metabolisme kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang
diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan menghalang artritis.
Bagaimana Memilih Kalsium Premium?
Pilihlah produk yang ada vitamin D dan magnesium.
Elakkan produk yang dibuat dari tulang dan dolomite untuk mengelak keracunan
plumbum.
Elakkan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap
logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral.
Cadangan Pengambilan :
* Untuk pemeliharaan kesihatan - 2 tablet, 2 kali sehari lepas makan
* Untuk masalah haid, kehamilan, stress, kekejangan dan kebas-kebas - 3 tablet,
2 kali sehari.
* Untuk tulang retak, osteoporosis - 4 tablet, 3 kali sehari.
Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi dan sistem saraf.
Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema,
konvulsi/kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.
Memperbaiki Kekejangan Dan Kebas-kebas
Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas,
kekejangan, sakit sendi dan artritis.
Meringankan Stress
Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf,
penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar,
mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan
pitam.
Memperbaiki Masalah Haid
Kajian menunjukkan dengan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan
sakit waktu haid dan membantu melawaskan pembuangan air kencing.
Pengalkalian Tubuh
Kalsium adalah mineral alkalin, ianya berkesan dalam memastikan imbangan pH tubuh.
Ia juga menghalang obesiti diwaktu usia tua. Tambahan pula kalsium membantu sel
menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.
MEMPERBAIKI HIPERAKTIVITI PERUT DAN SAKIT GASTRIK
Vitamin D
Dinamakan sebagai Vitamin D pada 1916 bila didapati ia mampu merawat penyakit
rickets. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meningkatkan
ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal.
Vagetarian, yang kurang terdedah pada matahari sewaktu musim panas, individu
melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu mengambil supplemen
vitamin D.
Magnesium
Ia adalah ion positif no.2 penting di dalam tubuh kita. Ianya menggalakkan komposisi
tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk
menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak
sekata pesakit jantung, memudahkan renbesan keluar sisa dari perut dan usus,
menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau
batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah
fluktuasi glukos.
Zinc, Boron, Manganes, kuprum
Memelihara metabolisme kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang
diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan menghalang artritis.
Bagaimana Memilih Kalsium Premium?
Pilihlah produk yang ada vitamin D dan magnesium.
Elakkan produk yang dibuat dari tulang dan dolomite untuk mengelak keracunan
plumbum.
Elakkan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap
logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral.
Cadangan Pengambilan :
* Untuk pemeliharaan kesihatan - 2 tablet, 2 kali sehari lepas makan
* Untuk masalah haid, kehamilan, stress, kekejangan dan kebas-kebas - 3 tablet,
2 kali sehari.
* Untuk tulang retak, osteoporosis - 4 tablet, 3 kali sehari.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Dapatkan suplemen Shaklee daripada saya melalui maklumat berikut.
Kak Dirr
013-9512673
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Nilai.
Khamis, 29 Jun 2017
Set Resdung Shaklee
Assalamualaikum semua,
pernah tak sesiapa mengalami bersin yang teruk ketika bagun tidur ataupun
ketika waktu pagi?itu adalah tanda-tanda anda mempunyai resdung. Mari kita
dalami maksund resdung itu.Istilah Perubatan Tradisional - Ia merupakan
kerengsangan hidung yang boleh menyebabkan hidung dan organ-organ lain menjadi
gatal dan menimbulkan ketidakselesaan.Istilah Saintifik pula - Merupakan virus
kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi
punca kepada kerosakan kulit muka. Virus ini turut mengalir bersama darah yang
boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan.
Resdung merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya radangan pada rongga
sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman.Sinusitis merupakan keradangan pada
selaput sinus. Apabila berlakunya Sinusitis, mukus seperti hingus tidak dapat
mengalir keluar dengan baik dari sinus. Oleh yang demikain ia akan dipenuhi
oleh rembesan. Biasanya, "penyapu-penyapu" kecil dalam sinus yang
dipanggil silia akan menolak mukus keluar dari sinus ke dalam hidung. Apabila
kerosakan berlaku pada fungsi silia atau bila bukaan yang terletak di antara
sinus dengan laluan hidung tersumbat anda akan mendapat Sinusitis.
Selalunya, Sinusitis disebabkan oleh jangkitan bakteria yang akan berakhir
dalam beberapa hari. Kadang-kadang ia bermula dengan jangkitan virus yang
mencetuskan selesema dan menyebabkan berlakunya kesesakan dalam sinus yang
akhirnya membawa kepada jangkitan sinus oleh kuman bakteria. Sinusitis jenis
ini dipanggil Sinusitis akut.
GEJALA
RESDUNG(SINUSITIS)
• Hidung selalu tersumbat
• Lender dari hidung dan tekak
• Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
• Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
• Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
• Gejala alahan hidung seperti bersin,gatal hidung dan sebagainya.
Kak Dirr juga menjual set
resdung Shaklee yang terdiri daripada :
1. ALFAFA COMPLEX
- Kaya dengan profil
untuk membantu mengurangkan keradangan akibat resdung, alergi, eczema
- Melawan alahan
seperti hidung/kulit sensitif & gatal2 akibat resdung
- Tapi pesakit SLE tak
digalak untuk mengambil suplemen Alfalfa
2. VITA C PLUS
- Agen antihistamin
yang boleh mengurangkan resdung / alahan
- Tinggi antioksidan
untuk meningkatkan antibodi & daya tahan badan melawan penyakit
- Mempercepatkan proses
penyembuhan tisu tubuh
- Membantu meredakan
bersin & selsema yang sering mengganggu pesakit resdung
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Dapatkan suplemen Shaklee
daripada saya melalui maklumat berikut.
Kak Dirr
013-9512673
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Nilai.
Label:
Alahan,
Bersin,
desa jati,
Gatal Hidung,
Set Resdung
Lokasi:
Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Rabu, 28 Jun 2017
Selasa, 27 Jun 2017
Kelantanies kelakar
Pada suatu hari di Hospital Kota Bharu...
Seorang lelaki berusia lingkungan 70-an sedang menunggu untuk
mendapatkan rawatan. Di sebelahnya duduk seorang lelaki muda
juga dengan tujuan yang sama.
Lelaki muda menyapa
" Pok cik ni sakit gapo?"
"Kecing manih. Lamo doh."
Tiba-tiba kakitangan hospital kelihatan cemas dan mengusung masuk
seorang pesakit yang tidak sedarkan diri. Pak cik tua tersebut bertanya
orang muda di sebelahnya,
"Tu bakpo pulok?"
"Kecemase"
"Oohh rupanya kecing mase lebih teruk dari kecing manih."
Seorang lelaki berusia lingkungan 70-an sedang menunggu untuk
mendapatkan rawatan. Di sebelahnya duduk seorang lelaki muda
juga dengan tujuan yang sama.
Lelaki muda menyapa
" Pok cik ni sakit gapo?"
"Kecing manih. Lamo doh."
Tiba-tiba kakitangan hospital kelihatan cemas dan mengusung masuk
seorang pesakit yang tidak sedarkan diri. Pak cik tua tersebut bertanya
orang muda di sebelahnya,
"Tu bakpo pulok?"
"Kecemase"
"Oohh rupanya kecing mase lebih teruk dari kecing manih."
Isnin, 26 Jun 2017
Set Anggun Shaklee
Assalamualaikum semua,
harini Kak Dirr nak kongsikan tips kekal anggun dan cantik sempena hari raya
ini.Ia juga khas untuk wanita yang inginkan kelihatan menawan, tampil
berkeyakinan dan mahukan yang terbaik. Ia juga boleh dikenalpasti sebagai tips
yang boleh anda amalkan didalam kehidupan seharian agar kekal cantik dan sihat
pada masa yang sama. Dibawah ini disenaraikan beberapa tips yang boleh anda
ikuti dan amalkan.
DISIPLIN DIRI
Perkara pertama yang kita kena ada dalam diri kita ialah disiplin.
Kalau tak ada disiplin apa pun tak akan jadi. Nak berjaya kena ada disiplin,
nak cantik pun kena ada disiplin. Untuk kekal cantik kita mestilah mempunyai
disiplin yang tinggi dan usaha berterusan. Jangan hangat-hangat tahi ayam je
tau. Ikut mood tak akan ke mana la kita.
SAUNA
Sauna antara cara yang
paling mudah untuk kita keluarkan peluh dan bakar lemak-lemak yang tak
diperlukan tu. Secara tak langsung dapat menurunkan berat badan dan membuang
toksin juga tau.
Sauna juga bagus untuk yang ada masalah bau badan. Ia dikatakan boleh mengatasi masalah bau badan juga. Sauna bukan sahaja bagus untuk kecantikan tubuh dan dalaman kita, malah mampu meningkatkan tahap kesihatan.
Sauna juga bagus untuk yang ada masalah bau badan. Ia dikatakan boleh mengatasi masalah bau badan juga. Sauna bukan sahaja bagus untuk kecantikan tubuh dan dalaman kita, malah mampu meningkatkan tahap kesihatan.
DETOKS
Detoks ni tujuannya
untuk kita melancarkan proses pencernaan dan membersihkan dalaman kita dari
segala bahan kotor, toksik, sisa buangan dan bahan beracun. Cara untuk detoks
yang paling popular sekarang ni dengan minum air detoks. Camne nak buat
air detoks ni senang je. Pelbagai bahan yang boleh digunakan untuk buat minuman
detoks ni. Boleh google resepi air detoks atau taip je infused water.
Macam-macam resepi air detoks yang boleh kita amalkan setiap hari.Yang paling
ringkas dengan menggunakan buah lemon dan limau kasturi atau limau nipis.
Potong nipis-nipis dan masukkan dalam jug berisi air. Letak dalam peti ais.
Selepas 4 jam baru boleh minum. Yang ada masalah sembelit elok sangat la minum
air detoks ni tau. Cubalah insyAllah pasti berkesan.
TIDUR AWAL
Tabiat tidur lewat
mendorong perut kita akan berasa lapar. Ini menyebabkan tubuh kita akan keletihan.
Kesannya lingkaran gelap bawah mata akan muncul. Pergi kerja dengan mata macam
panda. Adeh malu la kan. Tidur yang mencukupi membantu tubuh kita akan
berasa lebih segar. Tidur bukan sekadar memenuhi keperluan tubuh. Apa yang
penting bila kita tidur tubuh kita akan mendapat rehat yang sebenarnya dan
secara tidak langsung tidur merawat tubuh kita secara semulajadi. Hasilnya muka
kita pun nampak la berseri dan awet muda gitu..
PILIH MAKANAN
BERKHASIAT
Pilihlah menu harian
yang bergizi seperti banyakkan makan buah-buahan dan sayuran. Zat dan nutrisi
yang terdapat di dalam makanan ini sangat penting untuk membekalkan nutrien yang
mencukupi untuk tubuh kita. Contohnya vitamin E sangat penting untuk kecantika
kulit. Kekurangan vitamin E menyebbakan kulit menjadi kusam dan cepat berkedut.
Elakkan makan makanan ringan dan minumam yang manis. Jangan tidur selepas
makan. Tabiat tidur ni kadang-kadang susah nak ubah kan. Bila perut dah kenyang
mata pun layu je kan..Makan hendaklah secara konsisten. Makan sedikit tetapi
kerap adalah cara terbaik untuk kekal langsing.
MINUM BANYAK AIR
PUTIH
Kalau orang Johor sebut
air putih tu air jarang..Biasa la kan lain negeri lain sebutannya. Tak kisah la
nak guna istilah apa pun..Apa yang penting nak kulit cantik glowing kena la
minum air masak yang banyak. Elakkan minum air manis dan berais. Mak saya selalu
pesan nak awet muda minum air putih sejurus bangun tidur dan juga sebelum
tidur. Air yang mencukupi penting untuk proses penghadaman dan membantu
untuk bakar kalori dengan lebih baik. Bila air yang cukup tubuh dan wajah kita
pun lebih segar.
Pada masa yang sama Kak
Dirr ada sediakan set anggun bagi wanita diluar sana untuk kegunaan harian
supaya kekalkan momentum kecantikan dan kesihatan tersebut. Terdiri daripada
vitamin C, Omega Guard, vita-lea, B-Complex, ESP dan juga tambahan GLA Complex
untuk kegunaan harian kita semua. Semoga perkongsian
ini bermanfaat untuk semua. Dapatkan suplemen Shaklee daripada saya melalui
maklumat berikut.
Kak Dirr
013-9512673
Your trusted Shaklee Independent
Distributor
Shaklee Nilai.
Lokasi:
Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Ahad, 25 Jun 2017
Kuah Kacang Sedap
Assalamualaikum dan salam hari raya
Aidilfitri untuk semua, Kak Dirr harini nak kongsikan resepi kuah kacang yang
Kak Dirr buat malam tadi, Cuma Kak Dirr tidak sempat nak tangkap gambar sebab
fokus benar memasak dan tinggalkan Inara dengan ayahnya, tidak boleh tinggal
lama-lama dengan ayahnya itu. Ini merupakan resepi yang mak Kak Dirr
turunkan kepada anak-anak beliau, resepi yang ringkas dimana semua orang dapat
membuatnya, yang baru belajar pun boleh, hehe campak-campakkan aje.
Bahan-bahan:
600 gm kacang tanah
5 ulas bawang besar
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai diketuk
1/2 cawan cili kisar
1 cawan gula melaka
1 sudu besar gula pasir
1 cawan minyak masak
1 cawan air
1 biji kelapa dan
perahkan santannya.
Garam
Cara-cara:
Garam
Cara-cara:
1.
Kacang tanah hendaklah disangai terlebih dahulu
sehingga masak, masih panas kacang tersebut senang untuk dibuang kulitnya, saya
ramas kacang supaya kulit tertanggal dan selepas itu hendaklah ditanpi supaya
hanya tinggal kacang sahaja. Separuh saya kisar halus dan separuh lagi saya
tumbuk kasar.
2.
Kesemua bawang iaitu bawang besar, bawang merah,
bawang putih dan cili dikisar bersama-sama, saya suka letakkan sedikit minyak
ketika kisar supaya cepat hancur dan senang garis apabila menumis nanti.
3.
Pertama sekali tumiskan terlebih dahulu serai
yang diketuk tadi dengan minyak dan barulah masukkan bahan yang telah dikisar
tadi supaya naik bau wangi serai tersebut.
4.
Selepas pecah minyak baru maskkan gula pasir dan
sedikit garam.
5.
Selepas gula telah terkaramel barulah masukan sedikit
air terlebih dahulu dan barulah santan. Saya letak santan supaya lebih rasa
berlemak.
6.
Sentiasa kacau adunan tersebut dan masukkan gula
melaka serta kacang tanah yang telah dikisar hancur dan kasar itu tadi. Gula
melaka akan memberikan rasa yang lebih enak didalam masakan kita.
7.
Biarkan mendidih sehingga terbit minyak, lagi
lama dididihkan lagi enak masakan kita ini. Boleh dihidangkan bersama-sama nasi
impit dan sate.
Ini merupakan
menu wajib kami sekeluarga setiap tahun, Jika mak Kak Dirr tidak larat
membuatnya, Kak Dirr akan mambantu mak untuk memasak menu hari raya ini. Alhamdulillah
Kak Dirr ucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin
kepada semua yang mengenali Kak Dirr secara jauh mahupun yang dekat.
Label:
Aidilfitri,
Chemomoi,
desa jati,
hariraya,
kauh kacang,
Kemasul,
nilai,
resepi,
Triang
Lokasi:
Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Sabtu, 24 Jun 2017
Vitamin C Shaklee
Assalamualaikum, alhamdulillah harini Kak dirr nak
kongsikan kepada semua kebaikan vitamin C, dipetik daripada wikipedia Vitamin C atau asid askorbik (asid L-askorbik atau L-askorbat) merupakan sejenis zat nutrien terpenting
yang diperlukan oleh manusia dan beberapa spesies haiwan tertentu, dan juga merupakan
salah satu dari jenis-jenis vitamin utama. Dalam keperluan organisme hidup, askorbat adalah
sejenis bahan bersifat anti-pengoksidaan, kerana dilihat mampu menjaga badan manusia melawan tekanan oksidatif.Ia juga merupakan kofaktor dalam sekurang-kurangnya lapan tindak balas enzim, termasuk tindak balas sintesis beberapa jenis kolagen yang boleh menjadi penyebab simptom kegagalan penerimaan
Vitamin C seperti penyakit kancing
gigi.Bagi haiwan, tindak balas ini adalah
penting untuk menyembuhkan luka serta mengelakkan berlaku pendarahan pada
kapilari dan pembuluh darah.
Tumbuhan biasanya merupakan
sumber terbaik vitamin C, namun jumlah Vitamin C di dalam makanan berasaskan
tumbuhan adalah bergantung kepada spesies tumbuhan tersebut, keadaan tanah,
suhu dan iklim pertumbuhan tanaman, tempoh masa tuaian, keadaan penyimpanan dan
langkah penyediaan. Kebanyakan spesies haiwan dan tumbuhan mampu
menghasilkan vitamin C sendiri, maka sesetengah (bukan semua) keluaran haiwan
boleh dijadikan sumber pemakanan vitamin C. Walau bagaimanapun manusia, primat, tikus
belanda dan kelawar tidak dapat menghasilkan Vitamin C secara semulajadi
kerana mutasi yang berlaku pada gen GULO (gulonolactone oxidase) dalam sistem badan mereka mengakibatkan ketidakmampuan
tubuh mereka menghasilkan protein. GULO normal adalah enzim yang menjadi
pemangkin kepada tindak balas D-glucuronolactone dengan oksigen terhadap L-xylo-hex-3-gulonolactone. Tindak balas spontan
ini sekaligus menghasilkan Asid Askorbik semulajadi (Vitamin C).
Walaubagaimanapun tanpa enzim GULO, tiada vitamin C dapat dihasilkan.
Badan kita amat
memerlukan Vitamin C. Kenapa?
✔
Untuk merangsang pembentukan sel kulit yang sihat
✔
Untuk merangsang pembentukan collagen
✔
Untuk tulang, gigi, gusi yang sihat
✔
Untuk menyokong kesihatan otot, cartilage (tisu), dan saluran darah
✔
Juga membantu melindungi kerosakan sel akibat pencemaran sekitar, stress, rokok
dan diet pemakanan yang tidak seimbang
Badan kita tidak dapat menghasilkan atau menyimpan Vitamin C
terlalu lama kerana ianya akan berkurangan semasa kita melakukan aktiviti
seharian. Oleh itu, ia perlukan penambahan yang berterusan. Pengambilan
buah-buahan citrus setiap hari hanya membekalkan kuantiti Vitamin C yang sedikit.
Sebagai contoh saiz orange yang medium hanya membekalkan 66 mg Vitamin C
sahaja!
Apakah perbezaan
Sustained Release Vitamin C Plus dan supplement Vitamin C lain?
☀
Shaklee menghasilkan Vitamin C dari kanji jagung (corn starch) yang merupakan
sumber asli Vitamin C.
☀
Kaedah Sustained Release ini membolehkan vitamin C diserap ke dalam badan
sepanjang 5 jam untuk memastikan badan anda mengandungi Vitamin C disaat anda
memerlukannya. Ia bersamaan dengan pengambilan 1.5 biji oren setiap jam selama
5 jam!!
☀
SR Vitamin C ditambahkan dengan 120 mg Citrus Bioflavanoids Complex.
Bioflavanoids membantu penyerapan vitamin C.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Dapatkan suplemen Shaklee
daripada saya melalui maklumat berikut.
Kak Dirr
013-9512673
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Nilai.
Jumaat, 23 Jun 2017
Resepi Ayam Percik Kelantan
Assalamualaikum
semua alhamdulillah tidak lama lagi kita umat islam akan menyambut hari lebaran,
sepanjang bulan Ramadhan ini memang Kak Dirr suka memasak resepi-resepi
kegemaran Kak Dirr, terutama ayam percik versi kelantan ini, kerana Kak Dirr
juga berasal daripada Kelantan, mak dan ayah Kak Dirr berasal daripada Kelantan
ye, tetapi kami sekeluarga menetap di Pahang kerana ayah Kak Dirr berhijrah ke
tanah rancangan Felda ketika abang Kak Dirr masih kecil lagi. Masakan Kelantan
sudah sebati dalam diri Kak Dirr sekeluarga dan memang Kak Dirr gemari, malahan
ayam percik Kelantan ini selalu mak masak ketika bulan Ramadhan, dan bila telah
berkahwin ini selalu teringat kenangan silam berpuasa dirumah bersama-sama mak
dan ayah. Mula la terbayang-bayarang menu masakan mak tu, tetapi yang sayangnya
Kak Dirr tidak ambil pula resepi mak, tetapi resepi yang Kak Dirr nak kongsikan
ni lebih kurang sama sahaja sebab ianya senang dan mudah dimasak.
Resepi ayam percik ini adalah diambil daripada blog aziejaya.blogspot.com iaitu daripada Puan Azie, jika senang bolehlah
melawat blog dia ye, memag best sangat jika blogwalking ke blog Puan Azie
tersebut, macam-macam menu masakan yang boleh dicuba, semua nampak menyelerakan
taw. Kalaw boleh semua nak cuba, namun harini Kak Dirr kongsikan resepi seperti
dibawah :
Bahan bahan:
1 ekor ayam - potong 4
Bahan Perap:
Bahan bahan:
1 ekor ayam - potong 4
Bahan Perap:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Garam secukupnya
Bahan Kuah:
2 pek santan pekat
10 ulas bawang merah
1 inci halia
1 batang serai
3 tangkai cili kering - boleh tambah jika suka pedas
Garam secukupnya
Gula - kena ada rasa manis
1/4 keping asam keping - letak sekejap dan dikeluarkan takut terlebih masam
Cara cara:
Kisar bahan perap sehingga halus dan perap pada ayam dalam 30 minit. Bakar ayam sehingga masak. Saya kukus ayam terlebih dahulu supaya cepat dan sekata masaknya. Sementara ayam dibakar, boleh sediakan bahan kuah.
Kisar semua bahan kuah dengan santan dan masakkan di atas dapur dengan api perlahan sambil terus dikacau. Masak sehingga kuah pekat. Masukkan asam keping, garam dan gula secukupnya. Bolehlah diangkat.
Apabila ayam mulai sedikit keperangan, lumur bahan kuah di serata permukaan ayam dan bakar seketika. Terbalikkan ayam dan lumur kuah lagi secara berulang ulang di kedua dua belah ayam.
Bolehlah diangkat untuk dihidangkan.
Nota:
Boleh juga terus dibakar ayam perap dalam pemanggang ajaib tanpa perlu dikukus.
Jika suka, boleh juga ayam direbus dengan separuh dari bahan kuah.
Bahan Kuah:
2 pek santan pekat
10 ulas bawang merah
1 inci halia
1 batang serai
3 tangkai cili kering - boleh tambah jika suka pedas
Garam secukupnya
Gula - kena ada rasa manis
1/4 keping asam keping - letak sekejap dan dikeluarkan takut terlebih masam
Cara cara:
Kisar bahan perap sehingga halus dan perap pada ayam dalam 30 minit. Bakar ayam sehingga masak. Saya kukus ayam terlebih dahulu supaya cepat dan sekata masaknya. Sementara ayam dibakar, boleh sediakan bahan kuah.
Kisar semua bahan kuah dengan santan dan masakkan di atas dapur dengan api perlahan sambil terus dikacau. Masak sehingga kuah pekat. Masukkan asam keping, garam dan gula secukupnya. Bolehlah diangkat.
Apabila ayam mulai sedikit keperangan, lumur bahan kuah di serata permukaan ayam dan bakar seketika. Terbalikkan ayam dan lumur kuah lagi secara berulang ulang di kedua dua belah ayam.
Bolehlah diangkat untuk dihidangkan.
Nota:
Boleh juga terus dibakar ayam perap dalam pemanggang ajaib tanpa perlu dikukus.
Jika suka, boleh juga ayam direbus dengan separuh dari bahan kuah.
Label:
Ayam Percik,
Aziejaya,
Kelantan
Lokasi:
Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Khamis, 22 Jun 2017
Set Detox Shaklee
Assalamualaikum,
ramai sebenarnya tak tahu cara detox sebenarnya, pada mulanya Kak Dirr pon
ingat detox itu adalah mencuci usus semta-mata, tapi sebenarnya jangkaan Kak
Dirr meleset sama sekali. Nak tahu macam mana badan kita ni detox? Melalui
pembuangan air kecil atau air besar. so lagi banyak kita minum air, lagi banyak
kita buang air kecil, dan dari situlah segala kotoran, toksin semua
keluar.Toksin banyak sebenarnya dalam badan manusia, terutamanya sekali melalui
pemakanan, skincare dan juga peralatan kegunaan rumah yang kita gunakan didalam
kehidupan seharian kita. Matlamat detox adalah nak memulihkan fungsi dan
kecekapan semua organ detox iaitu hati dan mengambil masa sekurang-kurangnya 6 bulan untuk
pulih. Salah satu cara detox adalah dengan cara pernafasan yang betul serta air
yang mencukupi. Cara pernafasan adalah dengan tarik nafas dengan hidung dan
hembus perlahan-lahan menggunakan mulut ini bagi mengelakkan badan kita
menyerap kembali karbon dioksida yang telah dilepaskan, menyerap kembali karbon
dioksida sangat tidak elok untuk badan sebenarnya.
Menghilangkan
atau mengeluarkan racun (detox) dari dalam tubuh wajar dilakukan untuk menjaga
kesihatan tubuh agar tetap sihat. Gaya hidup dan persekitaran yang tidak sihat,
termasuk tabiat buruk seperti merokok dan mengambil minuman keras serta
kepelbagaian jenis makanan yang diambil juga boleh menyebabkan racun-racun ini
terkumpul di dalam tubuh. Racun-racun tersebut boleh merosak organ serta
melemahkan sistem ketahanan tubuh. Oleh sebab itulah, diperlukan cara-cara
semulajadi untuk mengeluarkan sekaligus menghilangkan racun pada tubuh, selain
daripada menggunakan suplemen ‘detox’.
Okey disini Kak Dirr nak
ceritakan proses mengingkirkan toksin dalam badan ataupun disebut detox.
1.
Toksin yang larut dalam lemak ( daripada air, makanan, skincare,
udara, sabun dan lain-lain ) akan pergi ke hati.
2.
Hati bagi proses detox semulajadi untuk tukarkan daripada FS ke
WS dan akan masuk ke usus besar untuk membuang.
3.
Toksin yang telah ditukar ataupun detox ke usus besar yang
sihat, peristalsis lancar, najis mudah keluar dengan mudah.
4.
Toksin berjaya keluar daripada badan.
Sekiranya
usus besar tidak sihat, peristalsis terganggu, najis tidak dapat keluar dan
akan terjadi sembelit. Toksin gagal keluar daripada badan, diserap semula di
dalam darah, hantar semula ke hati, hati akan terbeban dengan kerja yang
banyak, proses ini akan berulang jika tidak dibetulkan.
Jadi
disini hati sangat memainkan peranan penting dalam proses detox, oleh itu
sayangilah hati anda sepertimana anda menyanyangi diri sendiri. Detoxlah diri
anda dengan menggunakan cara yang betul supaya proses detox berjalan lancar dan
berjaya, badan pun akan kembali sihat.
Antara
tanda-tanda toksin berlebihan dalam badan dapat dikategorikan seperti :
1.
sering letih
2.
sakit kepala
3.
sentap
4.
kurang bertenaga
5.
mulut berbau
6.
badan berbau
7.
insomnia (masalah tidur)
8.
mata gatal
9.
daya ingatan
10. brain fog
11. fatigue
12. tumpuan
yang lemah dan rasa cemas
13. alahan
14. masalah
sinus
15. sistem
imun yang lemah
16. masalah
sistem pencernaan seperti sembelit dan kembung perut
17. masalah
sendi
18. masalah
kulit
19. selulit
20. serta
kenaikan berat badan
Dan yang
paling menakutkan adalah toksin amat suka pada lemak dalam badan kita dan ia
menjadi sumber makanan dan tempat tinggal terpenting toksin-toksin ini. Dan organ tertinggi lemak adalah otak iaitu
mempunyai 70% kandungan lemak. Jadi mana pilihan yang kita ada? Toksin di otak
atau di usus? Pilihan yang semestinya sukar dipilih. Tetapi kita mampu utk
sihat dengan detox sebagai pilihan dan bantuan. Selagi badan tidak dipulihkan toksin
ni tetap masih direcycle dari hati ke usus dan kembali ke hati semula tanpa
henti.
Marilah kita sama-sama menjaga hati dan menjaga diri sendiri dengan set detox supaya permulaan baru yang sihat. Set Detox shaklee terdiri daripada DTX Complex, Herb-Lax, Alfafa Complex, Papermint Ginger Plus dan Vivix. Semoga perkongsian ini
bermanfaat untuk semua. Dapatkan suplemen Shaklee daripada saya melalui
maklumat berikut.
Kak Dirr
013-9512673
Your trusted Shaklee
Independent Distributor
Shaklee Nilai.
Label:
desa jati,
detox,
nilai,
Set Detox Shaklee
Lokasi:
Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Langgan:
Ulasan (Atom)








