Banyak benda tak terluah hanya mampu ditulis.walau tak
dikongsi pada butir bicara.hanya ditaip pada papan kekunci,hanya dibaca
insan-insan tidak dikenali.tapi sekurang-kurangnya masih ada tempat untuk
berbagi.
Kata-Kata Hikmah Islam
1. "Kalau hidup ini pahit, Allah lah gulanya"
2. “Tidak perlu kenal bertahun-tahun. Orang yang sudah
mencintai Allah, maka akan dengan mudah ia mencintai orang yang juga mencintai
Allah.”
3. Ujian yang Allah beri tu kadang-kadang hati kita rasa tak
sama.Semua bergantung pada tahap iman kita.
4. Kalau iman tengah tinggi macam gunung.. datang la ujian
besar mana, kita boleh lalui dengan tenang..yela, iman tengah bertambah.
5. Kalau iman dalam keadaan lemah longlai..berkurang.. ujian
sekadar jentikan dari Allah kita dah rasa macam tsunami yang menimpa..walhal
benda kecil je pun.
6. Tapi apa yang Allah beri pada kita, memang betul-betul
sesuai pada ukuran iman dan kemampuan diri kita untuk hadapi. Tak mampu, Allah
takkan beri.
7. Jangan bandingkan ujian orang lain dengan ujian kau.
Setiap orang tak sama. Alangkan saiz kasut... saiz baju pun berbeza-beza,
inikan ujian kiriman Tuhan.
8. “Merantaulah. Gapailah setinggi-tingginya impianmu.
Bepergianlah. Maka ada lima keutamaan untukmu; melipur duka dan memulai
penghidupan baru, memperkaya budi, pergaulan yang terpuji, serta meluaskan
ilmu”
9. Sungguh, bukan mekap, beg tangan, baju seluar, kasut
tumit, yang membuatkan kita cantik di mata Tuhan. Yang membuatkan kita cantik
di mata Tuhan adalah kerana kita menepati indikator perempuan yang mukminah
lagi solehah.
10. Mengejar manusia kita akan lelah. Kejar Tuhan inshaAllah
kita takkan rebah.
Salam perkenalan dari akak. Tq sudi datang blog akak
BalasPadam