Isnin, 3 Julai 2017

Puding Roti Kuah Kastard

Assalamualaikum semua, harini Kak Dirr nak kongsikan resepi puding roti kuah kastard yang Kak Dirr buat hari raya dahulu. Resepi ini hasil ujikaji dan blogwalking Kak Dirr melawat blog-blog dan Kak Dirr ubat sedikit mengikut selera Kak Dirr. Resepi asal daripada Azie Kitchen taw tapi Kak Dirr dah ubah sedikit mengikut resepi dan selera Kak Dirr.

Puding Roti Kuah Kastard
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
6 keping roti Gardenia - potong cube
2 cawan susu segar
1/2 cawan gula kaster
1 sudu besar mentega
1/4 sudu kecil garam
2-3 biji telur - pukul ringan
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu tepung kastard
Sedikit kismis
Sedikit serbuk kayu manis

Cara cara:
1.       Potong dan susun roti didalam dulang yang telah disatukan dengan sedikit mentega dan ketepikan. Kalaw Kak Dirr suka susun dan selangselikan dengan lapisan kasmis.
2.       Panaskan susu seketika dan bila hampir mendidih, bolehlah diangkat.
3.       Kemudian masukan mentega, garam dan gula dan kacaw rata biarkan suhu sejuk sedikit.
4.       Pukul telur dan masukkan susu suam itu tadi dan kacaw rata sehingga suhu telur dan susu sekata, kemudian barulah dimasukkan ke baki susu yang didalam periuk itu tadi, ini adalah bagi mengelakkan supaya telur tidak masak.
5.       Kemudian boleh ditambah esen vanilla, serbuk kayu manis dan juga tepung kastard serta digaul rata.
6.       Bolehlah dituangkan didalam dulang yang berisi roti yang telah disusun itu tadi. Biarkan seketika sebelum dibakar pada suhu 180C selama 45 minit hingga 1 jam. Sedia untuk dihidangkan.
Sos Kastard

Bahan-bahan untuk sos kastard:
1 tin susu cair
1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula halus
1 sudu teh esen vanilla

Untuk sos kastard:
Satukan bahan-bahan sos kastard ke dalam periuk, petua untuk elakkan tepung kastard berketul-ketul semasa memasak, jangan panaskan lagi periuk, kacau dulu tepung bagi sebati dah larut/hancur baru letak atas dapur dan panaskan guna api sederhana masak sampai pekat,kepekatan sos terpulang pada selera, dah sejuk nanti lagi pekat sebenarnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan link anda untuk saya lawati, terima kasih sekali lagi sudi tinggalkan komen. :)