Assalamualaikum hye semua apakhabar?harini dah masuk seminggu Kak Dirr menjadi surirumah disebabkan mengambil cuti kurantin menjaga anak yang sakit demam chiken pop. Dalam seminggu ni adalah aktiviti Kak Dirr menjaga anak sambil menonton tv, habis semua chanel Kak Dirr teroka, minggu lepas ataupun masa kerja memang tidak sempat la kita nak layan tv ni sebab lagi banyak, minggu lepas pulak tu kita balik kampung beraya banyak sangat kerja sampi nak tengok tv pon tak sempat.
Tetapi cuti ni Kak Dirr ada tertengok cj wow shop. Biasa la kalaw rancangan ni demokan produk mereka dengan sangat berkesan sekali. Kak Dirr tengok rancangan yang menjual preasure cooker jenama cornell. Sekali tengok je terus terpesona tapi Kak Dirr tak sempat sangat nak buat kajian lagi pasal produk ini denagn jenama lain. Tapi dah taget dan riki-riki la beberapa jenama tersebut macam Cornell, Noxxa, Philips dan Media. Agak-agak korang yang mana satu pilihan terbaik dan juga berbaloi-baloi murah kena dengan harganya? Nanti Kak Dirr update dalam entry lain ye dan juga akan tengok yang mana satu pilihan hati.
Merupakan seorang isteri kepada suami encik polis yang sebelum ini pernah bertugas di Kuching, Sarawak. Dan sudah mempunyai anak perempuan seramai dua orang yang dinamakan Nur Irdina dan juga Nur Inara yang juga sebagai Mybig N dan I.Berasal daripada keluarga yang dibesarkan di kawasan felda. Sedang bekerja didalam Universiti Sains Islam Malaysia sebagai Penolong Akauntan
Jumaat, 7 Julai 2017
Khamis, 6 Julai 2017
Cara Terbaik Menyimpan Susu Badan
Untuk menyimpan susu badan, pilih bekas yangdisterilkan dan bertutup dengan rapat.
Anda boleh menyimpan susu badan:
Sebagai tambahan kepada garis panduan, elok juga bagi anda mengetahui perkara yang berikut:
Susu segar mengekalkan lebih banyak ciri-ciri perlindungannya berbanding dengan susu beku, jadi sejauh mana yang boleh, gunakan susu yang disejukkan dan bukan susu beku untuk menyusukan bayi anda. Tetapi ingatlah bahawa susu badan yang dibekukan masih mempunyai lebih khasiat kesihatan daripada susu formula.
Ingatlah, apabila anda mengepam susu, cuci tangan anda dan pastikan pam buah dada dicuci, dibilas dan disterilkan dengan betul untuk mencegah sebarang bakteria dari membiak dalam susu tersebut.
- Gelas atau plastik keras adalah pilihan yang lebih baik untuk menyimpan susu bagi tempoh yang lama.
- Beg sejuk khas juga boleh dibeli. Pilih beg sejuk beku yang tebal atau bahagian luarnya diperbuat daripada nilon.
Anda boleh menyimpan susu badan:
- Pada suhu bilik tidak melebihi daripada 25 darjah C, selama empat jam.
- Dalam peti ais bersuhu 4 darjah C atau lebih rendah tidak melebihi 24 jam.
- Dalam peti sejuk beku bersuhu -20 hingga -18 darjah C, yang tidak mempunyai kitar nyahbeku, selama tiga hingga enam bulan.
Simpanlah susu di bahagian belakang peti sejuk atau peti sejuk beku, jauh dari pintu sebab item yang disimpan di hadapan lebih mudah terjejas dengan perubahan suhu semasa anda membuka peti sejuk beku.
Sebagai tambahan kepada garis panduan, elok juga bagi anda mengetahui perkara yang berikut:
- Anda boleh mencampurkan susu yang barudipam dengan susu beku jika ia didinginkan dahulu sekurang-kurangnya sejam, dan jumlahnya adalah kurang daripada jumlah susu yang telah beku.
- Jika anda akan membekukan susu badan, lakukannya dalam masa 24 jam.
- Susu yang dialihkan dari peti sejuk beku ke peti ais boleh disimpan sehingga 24 jam.
Susu segar mengekalkan lebih banyak ciri-ciri perlindungannya berbanding dengan susu beku, jadi sejauh mana yang boleh, gunakan susu yang disejukkan dan bukan susu beku untuk menyusukan bayi anda. Tetapi ingatlah bahawa susu badan yang dibekukan masih mempunyai lebih khasiat kesihatan daripada susu formula.
Ingatlah, apabila anda mengepam susu, cuci tangan anda dan pastikan pam buah dada dicuci, dibilas dan disterilkan dengan betul untuk mencegah sebarang bakteria dari membiak dalam susu tersebut.
Rabu, 5 Julai 2017
Al-Muzzammil
Al-Muzzammil Ayat 1 - 10 Dan Terjemah
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
(1). يَا أَيُّهَا الْمُزَّمِّلُ
Hai orang yang berselimut (Muhammad),
(2). قُمِ الَّيْلَ إِلَّا قَلِيلًا
bangunlah (untuk sembahyang) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya),
(3). نِصْفَهُ أَوِ انْقُصْ مِنْهُ قَلِيلًا
(yaitu) seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu sedikit,
(4). أَوْ زِدْ عَلَيْهِ وَرَتِّلِ الْقُرْآنَ تَرْتِيلًا
atau lebih dari seperdua itu. Dan bacalah Al Qur'an itu dengan perlahan-lahan.
(5). إِنَّا سَنُلْقِي عَلَيْكَ قَوْلًا ثَقِيلًا
Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat.
(6). إِنَّ نَاشِئَةَ الَّيْلِ هِيَ أَشَدُّ وَطْئًا وَأَقْوَمُ قِيلًا
Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyuk) dan bacaan di waktu itu lebih berkesan.
(7). إِنَّ لَكَ فِي النَّهَارِ سَبْحًا طَوِيلًا
Sesungguhnya kamu pada siang hari mempunyai urusan yang panjang (banyak).
(8). وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا
Sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadahlah kepada-Nya dengan penuh ketekunan.
(9). رَبُّ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ فَاتَّخِذْهُ وَكِيلًا
(Dia-lah) Tuhan masyriq dan maghrib, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, maka ambillah Dia sebagai pelindung.
(10). وَاصْبِرْ عَلَىٰ مَا يَقُولُونَ وَاهْجُرْهُمْ هَجْرًا جَمِيلًا
Dan bersabarlah terhadap apa yang mereka ucapkan dan jauhilah mereka dengan cara yang baik.
Isnin, 3 Julai 2017
Puding Roti Kuah Kastard
Assalamualaikum
semua, harini Kak Dirr nak kongsikan resepi puding roti kuah kastard yang Kak
Dirr buat hari raya dahulu. Resepi ini hasil ujikaji dan blogwalking Kak Dirr
melawat blog-blog dan Kak Dirr ubat sedikit mengikut selera Kak Dirr. Resepi
asal daripada Azie Kitchen taw tapi Kak Dirr dah ubah sedikit mengikut resepi dan selera Kak Dirr.
Puding Roti Kuah Kastard
Oleh: Azie
Kitchen
Bahan bahan:
6 keping roti Gardenia - potong cube
2 cawan susu segar
1/2 cawan gula kaster
1 sudu besar mentega
1/4 sudu kecil garam
2-3 biji telur - pukul ringan
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu tepung kastard
Sedikit kismis
Sedikit serbuk kayu manis
Cara cara:
1.
Potong dan susun roti didalam dulang yang telah
disatukan dengan sedikit mentega dan ketepikan. Kalaw Kak Dirr suka susun dan
selangselikan dengan lapisan kasmis.
2.
Panaskan susu seketika dan bila hampir mendidih,
bolehlah diangkat.
3.
Kemudian masukan mentega, garam dan gula dan kacaw
rata biarkan suhu sejuk sedikit.
4.
Pukul telur dan masukkan susu suam itu tadi dan
kacaw rata sehingga suhu telur dan susu sekata, kemudian barulah dimasukkan ke
baki susu yang didalam periuk itu tadi, ini adalah bagi mengelakkan supaya
telur tidak masak.
5.
Kemudian boleh ditambah esen vanilla, serbuk
kayu manis dan juga tepung kastard serta digaul rata.
6.
Bolehlah dituangkan didalam dulang yang berisi
roti yang telah disusun itu tadi. Biarkan seketika sebelum dibakar pada suhu
180C selama 45 minit hingga 1 jam. Sedia untuk dihidangkan.
Sos Kastard
Bahan-bahan untuk
sos kastard:
1 tin susu cair
1/4 tin air (guna tin
susu cair tadi)
2 sudu besar tepung
kastad
2 sudu besar gula halus
1 sudu teh esen vanilla
Untuk sos kastard:
Satukan bahan-bahan sos
kastard ke dalam periuk, petua untuk elakkan tepung kastard berketul-ketul
semasa memasak, jangan panaskan lagi periuk, kacau dulu tepung bagi sebati dah
larut/hancur baru letak atas dapur dan panaskan guna api sederhana masak sampai
pekat,kepekatan sos terpulang pada selera, dah sejuk nanti lagi pekat
sebenarnya.
Lokasi:
Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Ahad, 2 Julai 2017
Kata-Kata Hikmah Islam
Banyak benda tak terluah hanya mampu ditulis.walau tak
dikongsi pada butir bicara.hanya ditaip pada papan kekunci,hanya dibaca
insan-insan tidak dikenali.tapi sekurang-kurangnya masih ada tempat untuk
berbagi.
Kata-Kata Hikmah Islam
1. "Kalau hidup ini pahit, Allah lah gulanya"
2. “Tidak perlu kenal bertahun-tahun. Orang yang sudah
mencintai Allah, maka akan dengan mudah ia mencintai orang yang juga mencintai
Allah.”
3. Ujian yang Allah beri tu kadang-kadang hati kita rasa tak
sama.Semua bergantung pada tahap iman kita.
4. Kalau iman tengah tinggi macam gunung.. datang la ujian
besar mana, kita boleh lalui dengan tenang..yela, iman tengah bertambah.
5. Kalau iman dalam keadaan lemah longlai..berkurang.. ujian
sekadar jentikan dari Allah kita dah rasa macam tsunami yang menimpa..walhal
benda kecil je pun.
6. Tapi apa yang Allah beri pada kita, memang betul-betul
sesuai pada ukuran iman dan kemampuan diri kita untuk hadapi. Tak mampu, Allah
takkan beri.
7. Jangan bandingkan ujian orang lain dengan ujian kau.
Setiap orang tak sama. Alangkan saiz kasut... saiz baju pun berbeza-beza,
inikan ujian kiriman Tuhan.
8. “Merantaulah. Gapailah setinggi-tingginya impianmu.
Bepergianlah. Maka ada lima keutamaan untukmu; melipur duka dan memulai
penghidupan baru, memperkaya budi, pergaulan yang terpuji, serta meluaskan
ilmu”
9. Sungguh, bukan mekap, beg tangan, baju seluar, kasut
tumit, yang membuatkan kita cantik di mata Tuhan. Yang membuatkan kita cantik
di mata Tuhan adalah kerana kita menepati indikator perempuan yang mukminah
lagi solehah.
10. Mengejar manusia kita akan lelah. Kejar Tuhan inshaAllah
kita takkan rebah.
Label:
Kata Hikmah
Lokasi:
Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Sabtu, 1 Julai 2017
Omega Guard Shaklee
Assalamualaikum dan selamat pagi, hye-hye semua harini nak kongsikan berkaitan dengan omega guard shaklee dimana mempunyai kelebihkan tersendiri
Kelebihan Omega 3
dalam Omega Guard Shaklee
1. Minyak Omega 3
dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)
2. Tidak dihasilkan
dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik.
3. Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3
kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan.
4. Sangat berbeza daripada produk omega 3 di
pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu- satunya minyak
ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3
semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.
5. 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak
omega 3, EPA dan DHA.
6. Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen
bergred farmaseutikal berteknologi terkini
7. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3
molekul untuk mengektrask omega 3 yang tulen
dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum,
merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB. Hati-hati memilih minyak ikan
omega 3 di luar sana kerana kemungkinan tahap merkuri tinggi dan kualiti serta
keberkesanannya belum tentu terjamin.
26 Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee
1. Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon
PMS wanita
2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3. Mencegah salur darah dari tersumbat
4. Omega 3 dapat mengelakkan strok
5. Mengekalkan tekanan normal darah
6. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7. Mengurangkan sakit kepala
8. Merendahkan kolestrol
9. Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah obesiti
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan
perkembangan otak janin
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan
kanak-kanak
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk
kesihatan kanak-kanak
16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit
seperti eczema, psoriasis, dll 18. Mengurangkan demam hay, bronkitis,
penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus)
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
20. Membantu menentang kanser paru-paru,
payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih
baik
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
24. Mencegah penyakit gout Selain itu, Omega 3 yang
terkandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan
otak sepert:-
- Mencegah insomnia
- Mengurangkan
tekanan emosi
- Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
- Membantu memperbaiki masalah autism
- Membantu
memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
- Mengurangkan masalah schizophrenia
- Mengurangkan
masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak Semua peringkat umur sedari
setahun ke atas boleh menggunakan Omega Guard ini.
Tiada tahap kesihatan yang baik tanpa pelaburan wang untuk
membeli produk yang bermanfaat seperti Omega Guard Shaklee ini
Siapa Perlukan Omega 3 Untuk Menyokong Tahap Kesihatan?
1. Warga Emas
2. Pesakit Jantung
3. Wanita
4. Wanita yang telah melahirkan anak
5. Pesakit darah tinggi
6. Orang yang selalu lupa
7. Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas
8. Pelajar
9. Ibu menyusu
10. Ibu Hamil
11. Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus
Jika ada sebarang pertanyaan, hubungi saya seperti dibawah ya.
KAK DIRR
013-95121673
shaklee independent distributor
Langgan:
Ulasan (Atom)


